Gareth Southgate Dilantik Sebagai Pengurus England

Pengurus sementara England, Gareth Southgate (Pintu Selatan) akhirnya sah dilantik sebagai pengurus baharu England secara tetap selepas mengendalikan pasukan Tiga Singa dalam 4 perlawanan.

FA Inggeris telah mengumumkan Southgate telah menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama pengurus berusia 46 tahun itu dan beliau akan mengemudi England untuk kempen Piala Dunia 2018 dan Euro 2020.

Southgate menggantikan Sam Allerdyce yang dipecat ekoran kontroversi hanya sempat mengendalikan satu perlawanan dengan rekod cemerlang 100 peratus menang. Southgate juga merupakan bekas pemain England telah diikat kontrak bernilai RM11.2 juta setahun.

“Saya amat berbangga apabila dilantik pengurus England. Begitupun, saya juga sedar yang mendapatkan tugas ini adalah satu perkara saja, kini saya mahu menyempurnakan tugas saya dengan jayanya,” kata Southgate.

“Saya gembira bekerja dengan pemain-pemain sepanjang empat perlawanan lepas dan saya fikir ada potensi yang besar. Saya bertekad untuk memberikan segala-gala yang saya miliki untuk pasukan negara saya yang mereka banggakan dan mereka akan menikmati permainan dan terus membangun.

“Bagi saya, kerja keras bermula sekarang.”

Ketua Pegawai Eksekutif FA, Martin Glenn berkata, Southgate yang sebelum ini menjawat jawatan jurulatih skuad bawah 21 tahun England sebagai tidak ternilai.

“Kami gembira untuk mengesahkan Gareth sebagai pengurus England. Beliau jelas seseorang yang amat berpengetahuan namun pemahamannya dalam bola sepak antarabangsa dan pembangunan di St. George’s Park (Pusat Latihan England) adalah penting,” kata Glenn.

“Prestasinya amat baik dalam empat perlawanan ketika bertugas secara sementara dan dia mengagumkan kami ketika proses temuramah yang sukar. “Gareth adalah duta yang hebat dan FA mahukan, dia memiliki taktikal bola sepak yang baik dan juga pemimpin selain pemenang yang dianggap penting agi jawatan ini.”

Sejak mengambil alih England dari Allerdyce, Southgate telah mengharungi 4 perlawanan tanpa kalah dengan dua menang dan dua seri.

Sumber : Berita Harian

Baca Juga

Baca Juga