Garnacho Hilang Kata Kata Difitnah Peminat United Sekali Lagi

Alejandro Garnacho tampil membidas peminat Manchester United yang sengaja menabur fitnah bahawa kononnya dia tidak mengendahkan Messi.

Sebelum ini, peminat United seringkali menabur cerita bahawa Garnacho tidak sukakan Messi sebab dia mengidolakan Cristiano Ronaldo.

Bukan sahaja peminat United, malah legenda United, Rio Ferdinand turut pernah ditegur oleh abang Garnacho selepas dia terang terangan berkongsi fitnah kononnya Garnacho menjadi pemain muda tak disukai oleh kem Argentina.

Ini kerana Garnacho memberitahu pemain pemain Argentina yang lain bahawa Cristiano Ronaldo adalah GOAT dan bukannya Messi. Dan Ferdinand menambah cerita lagi bahawa Messi telah menyahikut Garnacho di IG kerana bengang dengan pemain itu.

Ferdinand berkata begitu selepas Garnacho meraikan golnya dengan gaya Ronaldo. Yang dianggap sindiran kepada Lionel Messi dan pemain Argentina lain bahawa dia sentiasa menyanjung CR7 sebagai GOAT dan tak takut.

Ferdinand dalam podcast berkata: “Korang tau tak, perkara yang paling saya suka tentang Garnacho ni, dia jenis pemain yang peduli taik dengan pendapat orang lain. Garnacho memberitahu saya yang Messi baru je unfollow dia di IG sebab koyak, kerana Garnacho tak berselindung dia lebih memilih Ronaldo berbanding Messi.

“Dia berterus terang, tak kisahlah, ‘Saya di pihak Ronaldo’, Siapa GOAT? Ronaldo, dia kata macam tu walaupun ketika berada di kem Argentina.”

Abang Garnacho kemudian membidas Ferdinand sebagai penabur fitnah dan boleh merosakkan hubungan Garnacho dengan peminat Argetina.

Abang Garnacho memberitahu, Messi memang tidak pernah mengikuti pemain muda itu di IG, jadi adalah mustahil untuk Messi nak unfollow adiknya itu.

Abang Garnacho berkata: “Benda tak betul ni, Messi mana pernah follow Garnacho. Sudah sudahlah mereka reka cerita kebencian, Garna [Alejandro Garnacho] meminati kedua dua mereka [Messi dan Ronaldo] dan kamu semua cuba mencipta permusuhan.”

Kini timbul pula fitnah terbaru tentang Garnacho dan Messi. Membuatkan pemain Argentina itu sendiri membalas dengan emoji tepuk dahi, tanda dia kecewa kerana peminat United tak habis habis mereka cerita dan spekulasi yang memburukkan imej Messi.

Garnacho malah memuat naik gambar dia berpelukan dengan Messi meraikan kejayaan Argentina. Di mana Argentina berjaya mempertahankan kejuaraan Copa America.

Tindakan peminat itu membuatkan ramai peminat bola sepak yang lain mengecam dan mengejeknya. Kerana menurut mereka, dia hanyalah syok sendiri dan mencipta cerita mengikut imaginasi dan mimpi basahnya.

Peminat yang lain berkongsi detik Messi dan Garnacho meraikan gol. Jadi ramai yang meminta cerita karut marut ini segera dihentikan kerana ianya tidak membawa sebarang faedah.

Baca Juga

Baca Juga