Gary Neville Berasa Malu Kerana Tidak Mempertahankan Ashley Cole Suatu Ketika Dahulu

Gary Neville mendedahkan bahawa beliau masih berasa malu kerana tidak mempertahankan Ashley Cole ketika pemain itu diganggu oleh penyokong Sepanyol suatu ketika dahulu.

Pada tahun 2004, Gary Neville dan Ashley Cole beraksi untuk pasukan kebangsaan England menentang Sepanyol dan dalam perlawanan tersebut telah terjadi satu insiden yang membuatkan Gary berasa kesal sehingga sekarang.

Cole dan Shaun Wright Phillips telah menjadi sasaran utama gangguan berunsur perkauman dari penyokong Sepanyol.

Perlawanan antarabangsa melibatkan Sepanyol menentang England pada tahun 2004 itu telah berlangsung di Santiago Bernabeu.

Pemain pertahanan kiri itu menjadi mangsa gangguan perkauman dari penyokong yang membuat bunyi monyet yang bising setiap kali beliau menyentuh bola.

Persatuan bola sepak Sepanyol telah dijatuhkan hukuman denda bernilai £44,750 kerana perlakuan para penyokong oleh FIFA.

Tetapi Neville mengakui bahawa beliau sebenarnya mampu melakukan yang lebih baik untuk mempertahankan rakan sepasukannya di England itu.

“Hal yang sungguh mengerikan”

Jelas bekas pertahanan kanan England itu kepada the Mirror.

“Saya duduk disebelah Ashley Cole dalam bilik persalinan di Sepanyol beberapa tahun lalu, keluar dari padang selepas tamat perlawanan, membersihkan diri dengan mandi, saya tidak cakap sepatah apa pon pada dia, dan saya pon terus pergi ke sidang media selepas itu.”

“Saya seolah mengabaikan beliau dengan apa yang berlaku terhadapnya, sehingga kami bergerak ke bas dan pulang ke rumah saya tidak memikirkan apa-apa.”

“Saya seolah menerima saja semua yang terjadi ketika itu. Bahkan saya langsung tidak tanya keadaan dia selepas tamat perlawanan itu.”

“Saya jujur dengan kamu, saya tidak tahu hendak kemana. Kebenarannya kami meletakkan gangguan perkauman ini sama saja seperti gangguan yang sering berlaku ketika bermain untuk Manchester United. Kami cuma menganggap ia sekadar gangguan biasa.”

“Kami tidak pernah berfikir lebih dalam, kami cuma meneruskan semuanya seperti biasa saja. Ia mengerikan dan saya malu dengan kenyataan itu.”

“Untuk seseorang yang sudah berada dalam PFA management committee dan berjuang untuk hak para pemain tetapi saya malu kenapa saya tidak benar-benar mempertahankan bekas rakan sepasukan saya itu.”

BACA:  Gary Neville Letakkan Liverpool Sebagai Pencabar Utama Manchester City