Gary Neville Dedah Akibat Diterima Selepas Memaki Alex Ferguson

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville telah mendedahkan kisahnya yang menerima akibat daripada mulutnya yang memaki pengurus terbaik sepanjang zaman Premier League Sir Alex Ferguson.

Sungguh berani tindakan Gary Neville yang bertubuh kecil itu memaki Sir Alex Ferguson yang terkenal dengan ketegasannya serta hidungnya yang mampu bertukar menjadi merah ketika marah.

Sir Alex Ferguson telah bergelar pengurus Manchester United selama hampir 3 dekad, dan ia adalah tempoh paling cemerlang, gemilang dan terbilang buat Setan Merah pada ketika itu.

Antara rahsia yang dimilik adalah bagaimana Ferguson mampu mengendalikan pemain bintang yang mempunyai pelbagai karenah di bawah bimbingannya untuk memberikan yang terbaik.

Dan ia bukan rahsia lagi ketegasan pengurus dari Scotland itu adalah salah satu aspek yang amat digeruni oleh pemain Manchester United satu ketika dahulu.

Tidak ramai di kalangan pemain yang akan bercakap kembali mengenai pengalaman buruk mereka dengan Ferguson terutamanya kepada media.

Tetapi dalam satu pendedahan, Gary Neville telah membongkarkan akibat yang beliau sendiri terpaksa tanggung akibat perbuatan menjawab dan mempertikaikan pengurus itu.

Gary Neville bukan sahaja menjawab malah melemparkan kata-kata berbentuk makian dan kesat kepada pengurus dari Scotland itu bukan sekali tapi dua kali.

“Perkara paling teruk pernah aku cakap kepada Ferguson ialah dengan menjawab ‘toot toot!’ pada penghujung perlawanan menentang Lille. Akibatnya aku didenda dua minggu gaji, dan dimarahi selepas perlawanan.

“Perlawanan Champions League tahun 2007, merupakan pertengkaran paling serius dengan pengurus. Kami menjaringkan gol dari sepakan percuma pantas ketika Lille sibuk membuat benteng.”

“Pemain Lille tidak puas hati dan membuat bantahan kepada pengadil dan aku sempat maki kapten Lille supaya kembali bermain.”

“Kemudian Ferguson menghampiri garisan tepi dan menjerit kepada aku. ‘Kau buat apa tu setan? Turun!'”

“Ketika itu aku sedar, aku sedang melakukan perkara betul dan kami sedang mendahului, lalu aku membalas – toot! toot! dan berlalu pergi.

Tindakan berani tidak bertempat Neville itu nyata mengundang resah kepada diri sendiri dan Neville terus memikirkan nasibnya selepas perlawanan.

“Untuk 15 minit terakhir [ketika menentang Lille] aku cuma berfikir, ‘habislah aku, habislah aku.'”

“Aku melakukannya sekali lagi pada hari berikutnya, kali ini di pejabatnya. Selepas itu beliau tidak pedulikan aku selama dua minggu. Beliau turut meletakkan aku di bangku pemain simpanan.”

Jika dibandingkan dengan akibat yang diterima oleh pemain yang lain hukuman yang diberikan kepada Neville, ia masih dianggap ringan.

Paul Ince, Jaap Stam, David Beckham, Roy Keane dan Ruud van Nistelrooy, semua ditunjukkan pintu keluar dari Old Tradfford selepas bertelingkah dengan pengurus itu.

Neville merupakan ‘one man club’ yang setia menghabiskan keseluruhan kariernya bersama Manchester United, dan beraksi dalam lebih 600 perlawanan untuk kelab tersebut.

Bek kanan itu turut memenangi lapan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dua gelaran juara Champions League selain daripada pernah memaki Ferguson dua kali sepanjang kariernya di Mancheste United.

Selepas bersara, Neville telah telah menjadi pengulas dan penganalisis bola sepak untuk syarikat penyiaran gergasi, Sky Sports bergandingan bersama Jamie Carragher.

Pada tahun 2015, Neville telah menerima jawatan sebagai ketua jurulatih Valencia dan menghadiahkan Ipad kepada para pemainnya sebelum dipevat pada tahun 2016.

Neville kembali ke Sky Sports dan meneruskan karier di studio pengulas serta gemar melemparkan kritikan pedas tanpa sedar kariernya sebagai pengurus sangat teruk sehingga ke hari ini.

Pada tahun 2012 sehingga 2016, Neville telah menjadi penolong pengurus pasukan kebangsaan England.

BACA:  Gary Neville Kecam Glazers Kerana Rembat Dividen Sebanyak RM59.35 Juta