Gary Neville Dedahkan Rahsia Bagaimana Untuk Tewaskan Manchester City Tanpa Pogba

Pemain tengah Manhester United, Paul Pogba bakal terlepas pertemuan getir hujung minggu ini menentang Manchester City, tetapi Gary Neville percaya bekas pasukannya itu masih mempunyai peluang untuk melakar kejutan.

Neville percaya cara terbaik untuk menewaskan skuad Pep Guardiola adalah dengan meletakkan 5 pemain pertahanan dengan Romelu Lukaku dan Anthony Martial diletakkan di bahagian serangan bagi menutup lubang besar yang ditinggalkan Paul Pogba di bahagian tengah.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mahu menggunakan perlawanan ini untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga yang kini ketinggalan 8 mata di belakang Manchester City.

Kelebihan tempat sendiri harus digunakan sebaik yang mungkin buat anak buah Mourinho andainya mereka memasang impian untuk memenangi trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Walaubagaimanapun, sebarang usaha untuk menewaskan The Citizens mesti dilakukan tanpa khidmat pemain berpengaruh mereka, Paul Pogba yang ditunjukkan kad merah selepas terjahan bahaya ke atas pemain pertahanan, Hector Bellerin ketika Manchester United menewaskan Arsenal 3-1 di Emirates Sabtu lalu.

Kad merah yang diterima Pogba mengakibatkan beliau terlepas 3 perlawanan Liga Perdana Inggeris.selepas ini.

Pogba yang baru sahaja kembali dari kecederaan tidak lama dahulu berada dalam prestasi yang terbaik dalam perlawanan terakhir Manchester United dimana beliau berjaya melakar dua assists.

Namun demikian, Neville berkata Red Devils masih berpeluang untuk menewaskan Manchester City walaupun bakal bermain tanpa Pogba.

“Saya teruja apabila melihat 20 minit pertama yang ditunjukkan pemain Manchester United ketika berdepan dengan Arsenal. Serangan balas mereka amat cemerlang. Lingard, Lukaku, dan Martial bermain dengan bagus, dan saya boleh melihat Otamdendi dan Kompany bakal terperangkap dengan taktikal ini. Saya menjangkakan taktikal ini turut berkesan untuk perlawanan Manchester City kelak.”

“Pogba memainkan peranan yang cukup besar untuk pasukan. Apabila United melawat Anfield, mereka tidak mampu menyambung pertahanan ke bahagian tengah seterusnya ke bahagian serangan. Pogba berjaya melakukannya dengan menjadi pengantara melalui larian ke hadapannya dan ketenangan beliau ketika bola berada di kakinya.”

“Kad merah Pogba mungkin satu titik hitam dalam persembahan menakjubkan United pada perlawanan menentang Arsenal tempoh hari, Pogba adalah pemain yang sangat penting untuk menjadi titik penyambung di antara pertahanan dan serangan.”

“Perlawanan menentang City adalah kehilangan besar buat United dalam perlawanan sebesar ini. Mereka kehilangan inidividu yang mampu memecahkan garisan pihak lawan tetapi saya percaya Jose Mourinho sudah merangka pelan untuk bermain dengan cara yang berbeza selepas ini.”

“Saya cuba memikirkan apa yang difikirkan Mourinho andainya saya berada di tempat beliau. Adakah kamu mahu memisahkan bahagian serangan di antara Lukaku dan Martial? City gemar pemain full back mereka berada lebih ke dalam dan pertahanan tengah mara ke hadapan sedikit. Jadi mungkin United akan meletakkan penyerang mereka lebih ke luar, dan meletakkan 3 pemain tengah disamping 5 pemain pertahanan.”

Baca Juga

Baca Juga