Gary Neville Merayu Agar Penyokong Berhenti Buli Maguire

Gary Neville merayu kepada para penyokong supaya berhenti membuli ketua pasukan Man United, Harry Maguire, selepas pemain centre-back itu disahkan akan terus menggalas tugas sebagai ketua pasukan pada musim baharu nanti.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Harry Maguire semakin teruk dihentam oleh pelbagai pihak terutama ketika melihat beliau mempamerkan aksi dungu di atas padang.

Ramai pihak yang mempersoalkan keputusan kelab kerana terus memberi kepercayaan kepada Harry Maguire untuk menjadi ketua pasukan walau beliau kerap mempamerkan aksi dungu yang tak boleh diampunkan.

Selepas kehadiran Cristiano Ronaldo, para peminat menggesa pihak kelab supaya melucutkan jawatan Maguire dan melantik bintang Portugal itu sebagai kapten baru skuad.

Hal tersebut menjadi topik perbualan hangat para peminat dan pelbagai pihak termasuk dalam kalangan pemain bola sepak sendiri.

Bintang Bayern Munich, Alphonso Davies bahkan turut terkejut ketika mendengar yang Cristiano Ronaldo terpaksa memanggil Harry Maguire kapten dalam skuad Man Utd.

Bilik persalinan Man United juga berpecah belah antara kem Maguire dan kem Ronaldo dengan kedua-dua pemain dikatakan berebut jawatan sebagai ketua.

Ronaldo walau bagaimanapun telah mendedahkan kepada pihak kelab yang beliau mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini kerana merasakan Man Utd tidak bercita-cita tinggi.

Hal itu mungkin sedikit sebanyak akan menjejaskan kesempatan untuk Ronaldo diangkat menjadi ketua pasukan Manchester United pada musim baharu ini.

Isnin lalu, pengurus pasukan, Erik Ten Hag mengatakan yang bekas bintang Leicester City itu akan terus menggalas tugas sebagai ketua pasukan dengan Neville tampil membincangkan hal tersebut di laman twitter miliknya.

Pundit Sky Sports itu, kemudiannya teruk dihentam oleh para peminat kerana beliau menyatakan persetujuan beliau ke atas keputusan Ten Hag.

“Maaf untuk beritahu kamu yang pengurus Belanda yang melantik dia sebagai ketua bukannya orang Inggeris.”

Jawab Neville ketika menjawab pertuduhan peminat yang mengatakan beliau menyokong Maguire kerana melihat kepada kenegaraan.

Bekas pemain right back Manchester United itu juga kemudiannya merayu kepada peminat supaya berhenti membuli Harry Maguire.

“Jadi penyokong Man United yang sama marah kepada saya kerana bersetuju dengan keputusan untuk kekalkan Maguire sebagai ketua, dan pada masa sama tanpa dia sedar dia sedang mempersoalkan keputusan pengurus baru.”

“Mungkin kita patut sokong Maguire dan berhenti buli dia di sini! Pengurus baru jelas sekali menyukai dia.”

Para penyokong ketika ini merasa sangat teruja melihat sesi latihan skuad Man Utd ketika berada di Thailand.

Peminat yakin yang Ten Hag akan mampu membawa Man Utd kembali menjadi pasukan yang digeruni di Eropah.

Para pemain dilihat semakin berdisiplin di bawah kendalian Erik Ten Hag dan hal itu benar-benar memberi kegembiraan kepada para penyokong.

Ketegasan beliau diharapkan akan mampu untuk mengubah mentaliti pemain dan penyokong berharap Ten Hag akan segera mampu mengubah kedudukan Man Utd pada ketika ini.

Pemain kebangsaan Brazil, Fred memuji kehebatan Ten Hag ketika bercakap dalam satu temu bual baru-baru ini bersama Manchester Evening News.

“Kita sudah tidak sabar untuk beraksi pada musim baru ini.”

Jelas Fred.

“Kita ada pengurus baru, Erik dan saya yakin kami akan capai pelbagai kejayaan yang hebat. Itu lah apa yang kami mahu capai. Saya harap kami akan dapat capai sasaran kami pada penghujung musim nanti.”

“Dia seorang pengurus yang hebat, sesi latihan sangat hebat, keras. Kami sasarkan untuk ikut segala kemahuan dia dalam sesi latihan harian kami.”

“Saya harap kami boleh menang di masa hadapan. Jelas sekali ia bukan mudah, ia tak akan berlaku segera. Kami semua akan lakukan yang terbaik.”

“Adalah sangat penting untuk kami ada jurulatih yang hebat. Ia beri kami jaminan dan ia banyak membantu kami. Dia sangat teliti dalam kerja dia. Ia sangat hebat untuk kami memiliki dia.”

Perlawanan pertama Manchester United adalah beraksi bertemu seteru utama mereka, Liverpool dengan mereka selepas itu akan ke Australia untuk beraksi bertemu Melbourne Victory, Crystal Palace dan Aston Villa.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Maguire Bengang De Gea Punca Dia Terperap Di Bangku Simpanan