Gary Neville: Pasukan Yang Memotong Gaji Pemain Harus Dihukum

Gary Neville meminta supaya premier league mengenakan hukuman ‘transfer ban’ kepada mana-mana pasukan yang memotong gaji pemain mereka.

Sebelum ini kerajaan United Kingdom mewujudkan satu skim di bawah dana khas untuk membayar 80% daripada gaji pekerja syarikat yang terjejas akibat krisis coronavirus.

Skim tersebut bertujuan untuk membantu perusahaan kecil, namun beberapa kelab EPL turut mengambil kesempatan termasuk Liverpool, Tottenham Hotspur dan beberapa pasukan lagi.

Liverpool telah menarik semula keputusan mereka setelah dikecam teruk oleh para peminat dan legenda pasukan sendiri.

Dan terdapat laporan bahawa Tottenham turut sama mengikut jejak Liverpool untuk menarik semula keputusan mereka.

Pasukan lain seperti Arsenal pula mereka percaya bahawa satu-satunya cara untuk hadapi krisis kewangan seperti sekarang adalah dengan memotong gaji pekerja.

Gary Neville muncul dalam Sky Sports ‘The Football Show’ pada pagi isnin lalu dan rancangan itu di hoskan oleh Dave Jones.

Dan beliau mempunyai pendapat yang tegas mengenai kelab Liga Perdana Inggeris yang ingin meringankan beban kewangan dengan cara memotong gaji pemain dan memohon skim bantuan kerajaan untuk pekerja mereka.

Menurut Neville, pasukan-pasukan begini seharusnya dikenakan hukuman ‘transfer ban’ sekiranya terus bertekad mahu memotong gaji sewaktu kesukaran begini.

“Apa yang perlu untuk saya katakan untuk menggambarkan situasi seperti sekarang? Mereka sibuk membincangkan soal perpindahan pemain, Kane £200 juta, Sancho £100 juta semuanya nilai yang besar. Mereka mampu berbincang nilai-nilai besar begini untuk mendapatkan pemain baru.”

“Jika mereka kini mahu memotong gaji pekerja hingga 30% tetapi dalam masa sama mereka membincangkan untuk melabur dana berbilion untuk mendapatkan pemain lain, pihak premier league sepatutnya membatalkan saja perpindahan pemain mereka.”

“Sangat sukar sebenarnya untuk seseorang pemain dijual dengan nilai £200 juta diwaktu sebegini”.

“Saya tak rasa semua ni betul. Mana boleh merokok tanpa api, saya berharap pihak premier league hentikan semua benda ni dan letakkan hukuman transfer ban kepada semua pasukan yang cuba untuk mengurangkan kos mereka.”

Neville sangat tegas dalam isu berkaitan kebajikan pemain. Kelab tidak sepatutnya dibernarkan berbelanja jutaan pounds untuk pemain selepas mereka memotong gaji pemain sedia ada.

Satu-satunya alasan untuk membolehkan mereka memotong gaji pemain dan pekerja adalah kerana mereka tidak mampu, bukan kerana mereka mahu menggunakan dana yang ada untuk tujuan lain.

BACA:  Gary Neville Mahu England Rehatkan Beberapa Pemain Utama Bagi Pertemuan Belgium