Legenda Manchester United dan England, Gary Neville, telah mendakwa bahawa pemilik baru Chelsea, tindak tanduk pemilik baru Chelsea, Todd Boehly yang membeli pemain tanpa fikir panjang adalah seumpama pemilik Manchester United, adik-beradik Glazers dan bekas CEO mereka, Ed Woodward.
Dalam jendela musim panas tahun ini, Chelsea telah membeli pemain seperti Raheem Sterling dari Manchester City, Gabriel ‘Saga’ Slonia dari kelab Amerika Syarikat, Chicago Fire serta Kalidou Koulibaly dari Napoli.
Chelsea juga dikhabarkan sedang berusaha untuk mendapatkan pemain Barcelona, Frenkie de Jong serta pemain bek sisi Brighton and Hove Albion, Marc Cucurella.
Gary Neville on #Chelsea's new ownership:
"He's [Todd Boehly] definitely playing Football Manager, let's be clear. He's reacting to clubs and what they are doing. You hear his name too much, he's too prominent."
[via The Overlap / YouTube] https://t.co/MNyfVR21Uh
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) August 3, 2022
Berkata kepada The Overlap, Neville menyatakan bahawa Boehly seolah-olah sedang bermain permainan video Football Manager.
“Orang Amerika tu, [Todd] Boehly, nampak macam dia nak main Football Manager,” ujar bekas pertahanan England tersebut.
“Macam ada sesuatu yang tak kena dengan orang itu. Dia macam tak ada hala tuju pun ada dan sekarang ini mereka sudah mula panik.
“Kau macam terfikir la ‘oh diorang nak Frenkie de Jong pagi ni’ sebab dia rasa dia kena buat sesuatu – tekanan sekarang memang kena kat dia.
“Dia tidak perlu tertekan pun kalau dia kekalkan pekerja yang ada di situ [Chelsea] selama ini dan patutnya dia biar je lah mereka kekal bekerja di situ selama setahun dua.
“Tapi menarik sebenarnya nak tengok macam mana Chelsea ni nanti. Yang jelasnya, mereka dah hilang beberapa pemain pertahanan. Mungkin akan hilang beberapa lagi kepada Barcelona.”
Neville juga menuduh bahawa Boehly membeli pemain tanpa berfikir panjang dan dia berasakan bahawa Chelsea membeli pemain baru kerana mereka rasa mereka perlukan pemain tersebut.
“Mereka [Chelsea] dah macam melompat sana-sini sebab nampak si Boehly ni macam terpaksa buat kerja.
“Aku dah dengar nama dia banyak kali. Rasa macam, bukan nak kurang ajar kan sebab kau tahu dia ni orang hebat, dia beli kelab dan semua sekali.
“Dia jadi muka depan [kepada konsortium] yang membayar dua billion setengah pound, tapi dengan menyingkirkan orang yang dah berada dalam operasi kelab yang menakjubkan selama bertahun lepas tu dia datang dan buat kerja tu sendiri, nampak macam Ed Woodward la bagi aku. Tengok la macam mana nanti,” tambah Neville lagi.
Bekas jurulatih Valencia ini kemudian mengutarakan lagi pendapatnya dengan mengatakan bahawa cara Boehly ini adalah begitu mirip kepada cara Glazer dan Woodward – dua entiti yang sangat dibenci oleh para pendukung Manchester United.
🚨 Ed Woodward is said to seriously interested in replacing Marina Granovskaia at @ChelseaFC. The former @ManUtd CEO is reportedly keen on working with Toad Boehly and co.
More to follow…#CFC[Via @SkySports]
— Absolute Chelsea (@AdsoIuteCheIsea) June 21, 2022
Neville berkata,”Maksud aku, kau tengok ek, pertama sekali mereka[Chelsea] sekadar macam bertindak mengikut apa yang ada dan menurut apa yang kelab lain tengah buat.
“Keduanya, kau dengar nama dia [Todd Boehly] terlalu kerap dan dia jadi macam terlalu menonjol. Patutnya kau tengok apa yang Manchester City dan Liverpool buat, Txiki Begiristain di City sebagai pengarah kesukanan.
“Sesetengah orang mungkin pernah tak pernah tahu tu, sesetengah orang yang lain tahu pasal tu [Beigiristain].
“Akan tetapi, ada orang yang tak pernah kenal dia, tak pernah tahu pun rupa dia macam mana tapi dia berjaya buat kerja dengan cepat dan begitu cekap.
“Apabila kelab dapat berjalan dengan elok, kau tak akan dengar siapa yang ejas supaya dapat beli pemain tapi kau tahu pemain tu dah dibeli.
“Chelsea ni dah macam Manchester United di bawah Glazer dan Ed Woodward – ‘aku ambil alih dah, aku orang penting sekarang’,’aku sendiri yang akan keluar dan beli pemain’, lepas ti diorang pun dikaitkan dengan setiap pemain yang Barcelona nak, setiap pemain yang City nak, setiap pemain yang United nak.”
Sumber : AF