Gary Neville telah menasihati Frenkie de Jong supaya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Barcelona kerana membuli beliau.
Legenda United itu percaya yang De Jong sebenarnya sedang teruk dibuli oleh Barcelona dan kerana itulah beliau menggesa bintang Belanda itu supaya mengambil tindakan undang-undang.
Pemain kebangsaan Belanda itu merupakan pemain sasaran utama Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.
💥 Neville vuelve a cargar contra el @FCBarcelona
👨⚖️ "De Jong debería considerar emprender acciones legales"
😠 "Deberían acabar con el acoso de este tipo y detenerlo"https://t.co/eQHN1obZW0
— Carrusel Deportivo (@carrusel) July 25, 2022
Pengurus terbaru setan merah, Erik Ten Hag sangat terdesak mahu mendapatkan khidmat bekas anak buahnya itu dan beliau mahu membentuk skuad baru di Old Trafford berdasarkan pemain tersebut.
Yuran perpindahan dilaporkan bukanlah masalah utama dengan kedua-dua kelab dilaporkan sudah bersetuju dengan nilai €75 juta seperti yang mereka bincangkan sebelum ini.
Barca kekal berada dalam situasi yang mana mereka bergelut dengan masalah kewangan dan menurut sumber laporan dari AS, pihak kelab sudah memberitahu bekas bintang Ajax itu supaya menerima pemotongan gaji sehingga 50 peratus seandainya beliau mahu kekal.
Walau bagaimanapun, gergasi Catalan itu sendiri sebenarnya masih berhutang dengan De Jong dan tunggakan gaji bintang Belanda itu bersama kelab dilaporkan bernilai €17 juta.
De Jong membenarkan pihak kelab berhutang dengannya kerana beliau faham dengan situasi ekonomi kelab yang terjejas teruk selepas pandemik melanda dunia.
Gary Neville tells Frenkie de Jong to "consider legal action" after Barcelona offerhttps://t.co/NLja5B2yl3 pic.twitter.com/H4gj2qpf1p
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 25, 2022
Neville tampil menghentam layanan Barca kepada De Jong dan menganggap tindakan gergasi La Liga itu sebagai satu hal yang tak bermoral dan menggalakkan kesatuan pemain FIFPRO untuk masuk campur.
“De Jong sepatutnya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap Barcelona dan semua pemain sepatutnya berada di belakang dia.”
Jelas Neville di laman twitter miliknya.
“Pihak kelab membelanjakan duit untuk pemain baru, sementara mereka tidak membayar pemain yang masih ada kontrak bersama mereka dengan nilai yang sepatutnya dan ia tindakan tidak bermoral.”
“@FIFPRO sepatutnya masuk campur untuk hal buli seperti ini dan hentikan ia.”
De Jong should consider legal action v Barcelona and all players should be behind him!A club spending fortunes on new players whilst not paying the ones they have under contract their full money is immoral and a breach. @FIFPRO should be all over bullying like this and stop it.
— Gary Neville (@GNev2) July 25, 2022
Walaupun Barca dikatakan sedang dikelilingi hutang yang banyak, namun mereka pada jendela perpindahan musim panas ini telah berjaya melengkapkan perpindahan beberapa pemain baru.
Hal itu jelas sekali mengejutkan ramai pihak kerana pemain yang Barca tandatangani bukanlah pemain biasa-biasa dan kesemua mereka merupakan bintang berprofil tinggi.
Barca pada musim panas ini sudah berjaya melengkapkan pembelian Franck Kessie, Andreas Christensen, Raphinha dan Robert Lewandowski.
Gergasi Catalan itu juga turut berjaya mengikat Ousmane Dembele selepas bintang Perancis itu bersetuju untuk menandatangani lanjutan kontrak bersama kelab.
Barcelona juga pada ketika ini sedang berunding bersama Sevilla untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Jules Kounde.
Skuad Barcelona pada ketika ini sedang menjalani aksi pra musim mereka di Amerika Syarikat dan Presiden kelab, Joan Laporta mendedahkan yang beliau berharap akan mampu untuk menyelesaikan situasi berkait perpindahan pemain pertahanan itu.
Gary Neville on Frenkie de Jong… pic.twitter.com/wvmMPqYlEd
— SPORTbible (@sportbible) July 25, 2022
De Jong telah diturunkan beraksi sebagai pemain gantian dalam kedua-dua aksi pra musim Barcelona bertemu Inter Miami dan Real Madrid.
Beliau dalam perlawanan tersebut turut bermain di posisi centre-back dan ia merupakan posisi yang sememangnya Xavi gemar untuk melihat beliau bermain di situ.
Bercakap selepas tamat aksi kemenangan 1-0 bertemu Real Madrid, Xavi mendedahkan bahawa:
“Saya di sini bukan untuk menghantar mesej. Saya sudah bercakap dengan Frenkie, saya sangat-sangat menghargai dia. Dia pemain utama, tapi kemudian, ada masalah ekonomi dan financial fair play..”
“Dia boleh berikan kita macam-macam, dia juga boleh bermain di posisi centre-back.”
Manchester United masih berminat mahu mendapatkan khidmat Frenkie de Jong namun mereka gagal untuk melengkapkan urusan perpindahan tersebut.
Barcelona are currently owing their midfielder, Frenkie de Jong, a whopping £17 million in deferred wages across the last couple of seasons, according to DailyStar. https://t.co/4aP5491vNV
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) July 25, 2022
Barcelona jelas sekali tiada masalah untuk melepaskan pemain midfield itu, namun De Jong sendiri berkeras tidak mahu ke Old Trafford andai beliau meninggalkan kelab.
Tidak pasti apa kesudahan kisah cinta bertepuk sebelah tangan antara Manchester United dan Frenkie de Jong ini, namun satu hal yang pasti, bintang Belanda itu sememangnya tidak berminat mahu ke Old Trafford.
Sumber: SPORTbible