“Gary Neville telah terbang ke Papua New Guinea”

Begitulah gurauan yang dilakukan oleh Sky Sports terhadap legenda setan merah itu sejurus Liverpool sah bergelar Juara saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

The Reds secara rasminya dinobatkan sebagai Juara saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas kekalahan Manchester City kepada Chelsea semalam.

Sebaik tamat perlawanan tersebut, para peminat Liverpool yang bergembira meraikan kejayaan pasukan menjuarai Piala liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini telah mengejar Neville di sosial media.

Sky Sports sendiri turut sama mengusik Gary Neville dengan menghasilkan satu video untuk mencari di mana keberadaannya.

Neville sangat terkenal dengan kariernya bersama Manchester United dan sebelum ini beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan:

“Liverpool mungkin akan menjuarai saingan liga dan saya mungkij akan berpindah ke Papua New Guinea atau mana saja.”

Sky Sports menggunakan kata-kata yang keluar dari mulut Neville itu dan menghasilkan video malam semalam dengan bertajuk:

“Mana Neville?”

Dalam video tersebut, legenda Liverpool, Graeme Souness dan John Barnes telah mengancam penyampai Sky Sports, David Jones dan memaksanya memberitahu di mana keberadaan rakan sekerjanya.

Barnes menegaskan bahawa beliau ada cara dan skill tersendiri yang akan digunakan untuk mencari Neville lalu beliau terus bergurau mengusik bekas pemain United itu.

Jamie Carragher kemudian memutuskan untuk mula mencari keberadaan Gary Neville dengan usahanya sendiri.

Rakan setugas Neville di Monday Night Football dilihat gelisah mencari legenda berusia 45 tahun itu di sekitar jalanan.

Selepas lama mencari dan tidak berjaya untuk menemuinya, Carragher bercakap terus kepada kamera dan menyatakan:

“Neville, saya sudah jumpa!”

Video itu berakhir dengan memperlihatkan Neville tiba di lapangan terbang di Manchester United dan bersedia untuk terbang terus ke Papua New Guinea.

Ketika ditanya sama ada beliau terbang atas urusan kerja atau bercuti, Neville dengan segera menjawab.

” Dua-dua bukan!”

Pemenang lapan kali saingan Liga Perdana itu mungkin masih tersekat di Manchester namun dengan sengaja membuat pengumuman untuk mengesahkan bahawa penerbangannya ditangguhkan selama empat jam.

Carragher banyak membuang masa mencari Neville yang tidak ketentuan hala berbanding meraikan kejayaan pasukan kesayangan beliau menjuarai saingan liga.

Jamie Carragher kemudian memuat naik gambar Gary Neville yang disunting memakai jersi Liverpool sambil membuka botol champagne.

Keraian Carragher terus berlanjutan dan beliau kemudian muncul di Sky Sports untuk menemu bual ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson.

Sambil membuka champagnenya, pundit berusia 42 tahun itu berteriak kepada Jordan Henderson mengatakan:

“Jordan, kamu seorang yang sangat profesional, tetapi tolonglah beritahu saya bahawa pada malam ini kamu akan sama menggila seperti saya.”

Liverpool memenangi menjuarai Liga dengan saingan Liga Perdana Inggeris masih berbaki tujuh perlawanan lagi dan the reds minggu hadapan bakal berkunjung ke Etihad untuk bertemu Manchester City.

Tidak syak lagi skuad kendalian Jurgen Klopp kini merupakan antara pasukan terhebat di dunia dan akan terus mendominasi pentas bola sepak Eropah beberapa musim kedepan.

BACA:  Neville: "Boateng Ingat Dia Franz Beckenbauer !"