Gary Neville Tibai Balik Pogba Dan Raiola

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville telah mmenghentam Paul Pogba dan Mino Raiola selepas ejen yang mengendalikan Pogba itu mengeluarkan satu kenyataan yang tidak kena pada masanya.

Mino Raiola sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Paul Pogba tidak berminat untuk terus kekal bersama Manchester United dan tidak akan menyambung kontrak baharu.

“Paul tidak gembira bersama Manchester United di mana beliau tidak lagi boleh bermain dengan cari beliau suka dan mahu. Paul perlukan pasukan baru untuk beralih angin. Paul masih mempunyai kontrak selama 18 bulan dan akan tamat pada musim panas 2022.”

Bagi Raiola jalan keluar untuk Paul Pogba dan Manchester United adalah melepaskan pemain Perancis itu pada jendela perpindahan atau akan kehilangan Pogba secara percuma.

“Aku rasa jalan terbaik untuk Pogba dan Manchester United adalah berpisah pada jendela perpindahan. Jika tidak, pasukan Old Trafford tahu risiko akan kehilangan Pogba secara percuma kerana Paul tiada niat untuk menyambung kontrak.”

Tidak seperti pemain lain di mana khabar angin tentang perpindahan pemain atau pemain tidak akan sambung biasanya akan bersandarkan kepada sumber dalaman atau peniup wisel.

Namun bagi kes Paul Pogba seperti biasa kenyataan akan hadir melalui ejennya, Mino Raiola yang lantang bersuara mengutuk Manchester United.

Cuba teka kaler rambut aku minggu ni?

Oleh kerana masa yang tak kena untuk memainkan isu ini, Gary Neville tambil membalas kenyataan daripada Raiola itu sambil menahan diri daripada mencarut.

Melalui laman Twitternya, Gary Neville yang merupakan pengulas di Sky Sports berkata:

“Raiola – Dah banyak kali terjadi sebelum ini. Walaubagaimanapun adakah Paul tahu beliau(Raiola) membuat pengumuman ini?>”

“Jika Paul tak tahu maka kita perlu melihat kenyataan daripada Paul secepat mungkin membetulkan kenyataan ejennya.”

Gary Neville mempersoalkan adakah kenyataan Raiola ini mewakili buah pemikiran Pogba atau satu luahan perasaan dari Raiola.

Ketika kenyataan ini dibuat, Manchester United bakal bertemu RB Leipzig untuk perlawanan penentuan hidup mati perjuangan di Champions Leaugea musim ini dan perlawanan Manchester Derby menyusul selepas itu.

“Akhirnya membuat kenyataan ini menjelang perlawanan menentang Leipzig dan Manchester Derby sangat tidak kena masanya untuk pasukan.

Isu sebegini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian pasukan dan mungkin memberi impak kepada taktikal Ole Gunnar Solskjaer(Jika ada) menjelang perlawanan penting.

Limak Jimar atau Pogba Kelantan Foto : TRWFC

Sebelum ini, Pogba dikatakan tidak mampu mempamerkan yang terbai kerana tidak ada pemain tengah berkualiti bermain disampingnya lalu hadirlah Bruno Fernandes.

Sejak 10 bulan hadirnya Bruno Fernandes, pemain Portugal itu secara solo telah menjadi nadi pasukan Manchester United dan Pogba turun naik permainannya seperti biasa.

Adakah isu yang dicetuskan oleh Raiola buat kali keberapa ini akan mempengaruhi dan memberik kesan buruk kepada momentum kemenangan Manchester United?

BACA:  Pogba: Kante Lebih Layak Menang Ballon d'Or Berbanding Messi Dan Ronaldo