Gegaran Kepala Punca Karius Lakukan Kesilapan Di Final UCL

Penjaga gol Liverpool, Loris Karius disahkan mengalami gegaran di bahagian kepala ketika beliau melakukan dua kesilapan besar dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid bulan lalu.

Karius melakukan dua kesilapan berprofil tinggi yang menghadiahkan Real Madrid trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut.

Karius meminta maaf kepada penyokong Liverpool

Kesilapan pertama berlaku pada pertengahan separuh masa pertama dimana bola yang dilempar beliau kepada pemain pertahanan Liverpool berjaya dipintas oleh Karim Benzema bagi memberikan gol pertama kepada Real Madrid.

Kesilapan kedua pula berlaku pada lewat permainan ketika Liverpool sedang mencari gol penyamaan. Percubaan jarak jauh dari pemain gantian, Gareth Bale gagal ditampan dengan baik oleh Karius seterusnya memberikan gol ke-3 buat Los Blancos.

Beberapa minit sebelum ‘memberikan’ bola kepada Benzema, Karius terlibat dalam satu perlanggaran kepala dengan kapten Real Madrid, Sergio Ramos.

Ramos tidak menerima sebarang kad atau amaran dari pengadil perlawanan walaupun ulang tayang televisyen menunjukkan Karius terduduk sambil memegang kepalanya.

Karius memberi signal kepada pengadil yang beliau telah disiku oleh Ramos tetapi tiada sebarang tindakan diambil untuk menghukum tindakan Ramos.

Insiden melibatkan Ramos dan Karius. Ramos didakwa menyiku Karius di bahagian kepalanya, menyebabkan Karius terduduk kesakitan

Dalam perkembangan terbaru, berdasarkan laporkan perubatan, insiden tersebut mungkin menjadi punca mengapa Karius melakukan ‘schoolboy errors’ yang sepatutnya tidak dilakukan oleh mana-mana penjaga gol yang bermain di tahap tertinggi.

Karius diminta untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ketika beliau bercuti di Amerika Syarikat minggu lalu.

Staff perubatan Liverpool risau dengan keadaaan semasa Karius dan meminta beliau berbuat demikian bagi memastikan tiada sebarang komplikasi serius dari perlawanan tersebut.

Pemeriksaan telah dijalankan di Boston pada 31 Mei yang mana menurut laporan ESPN,  Karius telah bertemu pakar kecederaan kepala Dr. Ross Zafonte bagi mendapatkan khidmat nasihat di Massachusetts General Hospital.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh hospital berkenaan, pihak hospital berkata mereka telah menerima banyak panggilan untuk mengetahui tahap kesihatana penjaga gol Liverpool, Loris Karius.

“Kami menerima banyak panggilan bertanyakan mengenai status kesihatan penjaga gol Liverpool, Loris Karius.”

“Dengan izin Karius, disini kami sediakan maklumat perubatan beliau dalam usaha kami untuk mengatasi penyebaran maklumat palsu.”

Gegaran di bahagian kepala menyebabkan Karius gagal berfikir dengan baik. Kesian

“Selepas mengkaji kembali video perlawanan dan melihat sejarah pemain terbabit termasuk melakukan ujian fizikal dan objektif metrik terhadap Karius, kami dapat merumuskan Mr Karius telah mengalami gegaran ketika perlawanan berlangsung pada 26 Mei 2018.”

“Pada masa penilaian, kami mendapati ruang visual Karius yang tidak berfungsi dengan sempurna ketika perlawanan itu sedang berlangsung. Perkara ini mampu memberikan kesan kepada persembahan beliau ketika perlawanan tersebut.”

Kenyataan rasmi itu juga menyatakan Karius semakin beransur pulih dan dijangka akan pulih sepenuhnya berdasarkan keputusan ujian yang dilakukan pihak hospital.

Setakat ini, Liverpool masih belum memberikan maklum balas berhubung status kesihatan Karius ini.

BACA:  Klopp Berang Dengan Keputusan Pengadil Hadiahkan Penalti Saat Akhir Kepada Spurs