Georginio Wijnaldum Dikecam Kerana Tidak Bersungguh Meraikan Jaringan Allison Becker

Seperti yang diketahui ramai, Allison Becker mencuri tumpuan pada hujung minggu lalu selepas menjaringkan gol kemenangan Liverpool pada minit-minit akhir perlawanan menentang West Brom, sekaligus memberi harapan kepada pasukan The Reds untuk layak ke kejohanan elit Eropah, Liga Juara-Juara.

Ada mulut sumbang yang dengki dan jaki dengan jaringan tersebut dan mengeluarkan ayat “eleh setakat West Brom boleh lah”, dan ayat ini perlu dibalas dengan “Team kau ada ke?” Biasa lah kan, pasukan power memang ramai orang dengki.

Jaringan tersebut meletakkan Allison dalam sejarah di mana dia telah menjadi penjaga gol yang keenam berjaya menjaringkan gol selepas Peter Schmeichel, Brad Friedel, Paul Robinson, Tim Howard dan juga Asmir Begovic.

Tidak dapat dipastikan sama ada para penjaga gol ini diberikan elaun tambahan atau tidak dengan kejayaan tersebut. Takpe, kita abaikan bab tu.

Nak dijadikan ceritanya, selepas Allision menanduk bola ke gawang West Brom tu, semua pemain berlari dengan penuh bersemangat dan girang gembira menyambut jaringan tersebut. Ye lah, dah lah jaringan pada minit akhir, penjaga gol pula tu.

Malah seorang penyokong Liverpool telah memuat naik ciapan di Twitter dengan mengatakan Salah sudah meraikan banyak gol namun tiada yang sama dengan sambutannya dengan gol Allison ini.

Mantap kan?

Namun apa yang mencuri tumpuan penyokong adalah bilamana Giorginio Wijnaldum yang dilihat tidak bersungguh-sungguh meraikan jaringan tersebut dan pemain tengah itu sekadar berlari-lari anak menuju ke kelompok pemain yang sedang menjerit kepuasan dengan jaringan tersebut.

Ada yang menuduh WIjnaldum sudah tiada hati untuk bermain dengan Liverpool memandangkan kontraknya akan tamat pada hujung bulan Jun nanti.

Berikut adalah antara ciapan tidak puas hati di kalangan mereka yang memanggil diri mereka penyokong Liverpool.

“Jangan bagi lilitan kapten kepada Gini dah” – warfaze69420

Aku nampak tu dia dah tak minat. Apesal laaaa dia boleh main lagi – Rob James

Reaksi Wijnaldum menceritakan prestasi buruknya, kepala dia dah berada di Barca – Evan Galligan

Tengok Gini. Dia tu dah la jadi beban musim ni, tazabar nak tengok dia blah! Tengok ni banyak kali dan dia tak kisah langsung – Adrian P

Pada bulan Mac tempoh hari, WIjnaldum pernah ditanya wartawan(bukan The Sukan) mengenai situasi kontrak dan masa depannya.

“Susah sebenarnya [untuk keluar] sebab kalau tu berlaku, kau akan tinggalkan pasukan yang kau sangat cinta, yang mana kau dah kongsi pelbagai kisah dalam bmasa bertahun dan di mana kau rasa sangat selesa,” ujar Wijnaldum.

“Memang akan sukar tapi dari sudut lain, kau tak tahu situasi dan kenapa kau kena pergi, jadi ia bergantung kepada situasi.

“Tapi aku akan jadi sangat sedih yang aku ni tak akan bermain untuk kelab ni dah lepas ni.”

Bersama Liverpool, WIjnaldum telah mencapai pelbagai kejayaan terutamanya kejuaraan EPL, Liga Juara-Juara dan juga Trofi EPL Asia.

Tidak pasti ke mana hala tuju pemain Belanda ini selepas ini walaupun ada desas desus mengatakan dia sudah menandatangani pra-persetujuan dengan Barcelona, namun yang pasti dia tidak akan ke Felda United kerana pasukan itu telah arwah.

Baca Juga

Baca Juga