Gerakkan Untuk Menghasilkan Jaringan Yang Mantap Dari Haaland

Pergerakan Erling Haaland untuk gol ke-40 musim ini adalah sangat hebat. Tidak boleh dipertikaikan lagi bakat dan naluri beliau sebagai seorang penyerang muda terhebat di dunia waktu ini.

Pemain berusia 19 tahun itu, telah menjaringkan 28 gol dalam 22 perlawanan untuk Red Bull Salzburg musim ini sebelum beliau melengkapkan urusan perpindahan beliau ke Borussia Dortmund pada jendela perpindahan Januari lalu dengan yuran perpindahan £17 juta.

Prestasi cemerlang beliau terus meningkat bahkan hampir setiap perlawanan yang beliau main beliau pasti akan menyumbang sesuatu untuk pasukan. Minggu lalu ketika menewaskan pasukan PSG beliau telah meledak dua gol untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Borussia Dortmund.

Setiap minggu beliau akan mempersembahkan aksi menarik untuk ditonton oleh semua peminat. Tidak disangka pemuda ini boleh menunjukkan aksi sebegini hebat di pasukan barunya dalam jangka masa yang begitu singkat.

Perlawanan pertama beliau bersama Dortmund lagi beliau sudah mula meledak gol. Nama Haaland adalah nama yang cukup sensasi dan senantiasa di sebut-sebut oleh peminat beliau minggu ini.

minggu lalu ketika didalam perlawanan pusingan 16 terbaik beliau telah menjaringkan gol yang cukup cantik untuk di tonton. Sentuhan beliau sangat berbisa.

Dengan Kedua-dua jaringan ketika perlawanan di Liga Juara-Juara lalu, Halland kini sudah menjaringkan 11 gol dalam hanya tujuh perlawanan untuk majikan barunya. Sungguh luar biasa bakat yang beliau miliki.

Dan pemain antarabangsa Norway itu telah sempurna menjaringkan gol ke 12 beliau untuk musim ini bersama Dortmund seterusnya membantu Dortmund dalam kemenangan 2-0 ke atas Werder Bremen pada petang Sabtu.

Achraf Hakimi menerima bola di sayap kanan dan menghantar bola dengan cantik mencari Haaland, penyerang muda itu cemerlang mencari ruang dan telah menjaringkan gol.

Tonton jaringan itu di sini

Pergerakan yang benar-benar bijak dari anak muda ini.

Salah seorang peminat bola sepak telah menyatakan persamaan antara gerakan Haaland dalam jaringan ini dengan gol yang dicetak Cristiano Ronaldo semasa di Real Madrid.

Ronaldo, secara kebetulan, adalah salah satu Tokoh pujaan Haaland yang sangat beliau kagumi.

Haaland kini telah menjaringkan 40 gol dalam hanya 30 penampilan dalam semua pertandingan musim ini.

Itu agak ketara tidak masuk akal.

Berikut adalah beberapa statistik tidak masuk akal yang melibatkan jaringan dari penyerang muda paling berbisa di dunia setakat ini.

Erling Haaland sudah menunjukkan aksi yang sungguh mantap sebagai seorang penyerang. Impian beliau untuk menjadi pemain bola sepak paling berjaya sudah hampir pasti berjaya jika beliau mengekalkan apa yang beliau lakukan sekarang.

BACA:  Erling Haaland Terlalu Selesa Berada Dalam Poket Van Dijk