Geram Lihat Ronaldo Pecah Rekod, Lukaku Turut Sama Cipta Sejarah Baru

Geram lihat Ronaldo pecah rekod, Lukaku turut sama berjaya cipta sejarah baru dalam saingan Premier League bersama Chelsea.

Ketika aksi bertemu Aston Villa awal pagi tadi, Romelu Lukaku berjaya menjaringkan dua gol dalam membantu skuad kendalian Thomas Tuchel itu menewaskan pasukan pelawat dengan keputusan 3-0.

Tidak ada mana-mana pemain Chelsea yang berjaya menjaringkan gol yang lebih banyak dalam saingan Premier League, sejak dikendalikan oleh Thomas Tuchel.

Lukaku menjaringkan dua gol di halaman mereka sendiri, dan rekod dua gol dalam perlawanan ini membantu beliau menjadi penjaring terbanyak The Blues di Stamford Bridge dalam saingan liga.

Selain Lukaku yang menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan, hanya empat pemain Chelsea yang lain mampu menjaringkan dua gol di Stamford Bridge di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Marcos Alonso menjaringkan dua gol dari lapan perlawanan, Kai Havertz dari sembilan perlawanan, Christian Pulisic dari sembilan perlawanan dan Jorginho turut berjaya menjaringkan dua gol dari sepuluh perlawanan.

Jadi ia jelas membuktikan yang Chelsea sememangnya benar-benar memerlukan pemain penyerang setajam Lukaku untuk terus memenangi pelbagai kejuaraan.

Kemenangan menewaskan Aston Villa turut membantu Chelsea menjadi pasukan kedua dalam saingan Premier League yang mencapai kemenangan ke-600.

Bekas penyerang Inter Milan itu turut berjaya mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan tersebut.

Beliau mencatatkan 100% ketepatan hantaran, 100% ketepatan rembatan, 100% conversion rate dan turut melakukan 3 sentuhan di dalam kotak penalti lawan.

Lukaku turut berjaya memenangi tiga perebutan bola di udara, membuat 2 clearance, dua percubaan, dua percubaan tepat dan menjaringkan dua gol.

Ia membuktikan yang Lukaku sememangnya seorang penyerang yang sangat klinikal dan sangat berbaloi untuk Chelsea menandatangani pemain sehebat beliau.

The Blues tidak dinafikan yang mereka mempunyai masalah di bahagian penyerang sebelum kehadiran Lukaku, walau mereka mempunyai pemain seperti Timo Werner.

Kehadiran Lukaku jelas sekali untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan beliau melakukan tugasnya dengan sangat sempurna.

Pemain kebangsaan Belgium itu juga dikatakan bakal menjadi pesaing dalam merebut kasut emas pada musim ini, dengan beliau jelas menjadi penjaring utama The Blues musim ini.

Chelsea ketika ini berada di kedudukan kedua dalam carta liga, berkongsi 10 mata dengan Manchester United yang berada di kedudukan pertama.

Lukaku sudah beraksi tiga perlawanan dan beliau kini sudah berjaya menjaringkan tiga gol untuk Chelsea dalam saingan Premier League.

Chelsea pada minggu hadapan bakal berkunjung ke Tottenham Hotspur Stadium untuk beraksi bertemu Spurs dalam aksi perlawanan kelima saingan liga musim ini.

Ia tentunya sangat menarik untuk melihat bagaimana Lukaku bakal terus menjadi mesin peledak gol dan menjadi ancaman terbesar para pemain pertahanan pasukan lawan.

Kehadiran semula Lukaku dan Ronaldo ke kancah saingan Premier League menjadikan saingan liga Inggeris semakin menarik dan menghiburkan untuk ditonton.

Ronaldo turut berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi bertemu Newcastle United malam semalam, dengan beliau membantu United mencatatkan kemenangan 4-1 di Old Trafford.

Di usia 36 tahun 218 hari, Cristiano Ronaldo menjadi pemain paling tua yang menjaringkan dua gol dalam saingan Premier League, sejak kali terakhir dilakukan oleh Graham Alexander yang beraksi untuk Burnley pada April 2010 di usia 38 tahun 182 hari.

Cristiano Ronaldo juga turut menjadi satu-satunya pemain dalam sejarah yang berjaya menjaringkan lebih 30 gol setahun sejak 15 tahun lalu.
Kerana itulah para peminat sangat teruja untuk menyaksikan siapa yang bakal menjadi penjaring terbanyak premier league musim ini antara Lukaku dan Ronaldo.

Sumber: football guy

BACA:  Dari Anak Murid, Lingard Kini Menjadi Rakan Sepasukan Cristiano Ronaldo