Gerard Pique dan Xavi Hernandez telah mengumumkan keluar dari persaraan untuk kembali beraksi di pentas antarabangsa, apa yang menarik kedua-dua pemain ini tidak akan mewakili Sepanyol tetapi Catalonia atau Catalan.
Kembalinya pasukan Catalonia ini ke peringkat antarabangsa telah disebut sebagai telah “most important game in a decade” atau perlawanan paling penting dalam dekad ini.
Kedua-dua pemain ini yang telah mengumpul lebih 200 cap bersama Sepanyol dan telah memenangi World Cup dan juga European Championships (EURO) bakal mewakili Catalonia menentang Venezuela dalam perlawanan persahabatan yang bakal berlangsung di Girona Montilivi Stadium.
Gerard Pique mengumumkan pengunduran beliau dari pentas bola sepak antarabangsa dan tidak akan mewakili Sepanyol lagi pada masa akan datang berikutan persembahan hambar di Piala Dunia 2018.
Sepanyol dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan di Piala Dunia yang lalu tetapi gagal menepati ramalan tersebut selepas tumpas di tangan pasukan tuan rumah, Russia di pusingan 16 pasukan terakhir.
Walaupun berjaya memenangi kesemua trofi yang ada, karier antarabangsa Pique dipenuhi dengan pelbagai kontroversi.
Disebabkan sokongan terbuka beliau kepada kemerdekaan Catalan (salah sebuah wilayah di Sepanyol), Pique telah menerima kritikan dan banyak pihak mendesak Persekutuan Bola Sepak Sepanyol supaya tidak memilih beliau untuk mewakili La Roja.
Bekas pemain Barcelona seperti Bojan Krkic, Oriol Romeu, Marc Muniesa, Marc Bartra, Martin Montoya dan Aleix Vidal juga akan beraksi bersama Pique dan Xavi.
Selain pemain Barcelona skuad Catalonia ini juga bakal dibarisi pemain dari kelab La Liga yang lain seperti Girona, Espanyol dan Eibar.
Catalonia bermain perlawanan pertama mereka menentang pasukan kebangsaan lain pada tahun 1912 di mana mereka tewas kepada Perancis 7-0. Oleh kerana Catalonia tidak diiktiraf FIFA dan UEFA mereka tidak layak bermain di perlawanan kompetitif.
Walaupun tidak layak bermain perlawanan kompetitf, Catalonia tetap mengadakan perlawanan persahabatan dan perlawanan paling diingati adalah ketika menentang Argentina pada tahun 2009.
Catalonia telah menewaskan Argentina yang ketika itu dibarisi pemain handalan seperti Angel Di Maria, Gonzalo Higuain dan Javier Pastore dalam perlawanan International Catalan trophy.
Ketika itu Catalonia telah di kendali oleh pemain dan juga pengurus lagendam, Johan Cruyff yang membariskan pemain handalan seperti Victor Valdes, Carles Puyol, Sergio Busquets, Bojan, Pique dan Xavi.
Beraksi di Camp Nou yang disaksikan oleh 53,000 orang penyokong, Catalonia telah menewaskan Argentina 4-2.
Bojan, Pique dan Xavi yang sudah berusia 39 tahun dan beraksi di Qatar sekarang kembali selepas 10 tahun untuk perlawanan penuh bersejarah ini.
Kali ini Gerard Lopez akan mengendalikan pasukan Catalan dan dibarisi skuad berikut :
Penjag Gol : Isaac Becerra (Nástic de Tarragona), Edgar Badía (Elche).
Pertahanan : Martín Montoya (Brighton), Gerard Piqué (FC Barcelona), Marc Bartra (Real Betis), Aleix Vidal (Sevilla), Dídac Vila (Espanyol), Marc Cucurella (Eibar), Marc Muniesa (Girona).
Tengah : Víctor Sánchez (Espanyol), Xavi Hernández (Al Sadd), Pere Pons (Girona), Óscar Melendo (Espanyol), Joan Jordán (Eibar), Alex Granell (Girona), Oriol Romeu (Southampton), Aleix García (Girona).
Penyerang : Sergio García (Espanyol), Bojan Krkic (Stoke City), Marc Cardona (Eibar).