Penyokong kuat kemerdekaan Catalonia dari Sepanyol, Gerard Pique telah menerima cemuhan dan kecaman tanpa belas kasihan daripada penyokong yang hadir melihat sesi latihan pasukan kebangsaan Sepanyol.
Cemuhan dan kecaman bermula dari saat ketibaan pemain pertahanan Sepanyol itu di padang sehinggalah latihan bermula. Ekoran ketegangan dari tempat duduk penonton ke atas Pique sesi latihan ditamatkan.
Sebelum ini Gerrard Pique mengalirkan air mata mengenangkan nasib penduduk wilayah Catalonia yang menjadi mangsa keganasan polis ketika mereka mahu membuat undian dalam satu referendum (pungutan suara) untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan.
Pique juga berkata beliau akan terus bermain untuk Senpanyol atas semangat demokrasi.
“Aku fikir aku boleh terus bermain untuk Sepanyol kerana ramai lagi rakyat dari seluruh negara yang percaya dengan demokrasi dan menentang tindakan polis.
Pique juga bersedia meninggalkan pasukan Sepanyol jika beliau menjadi beban kepada pasukan.
“Jika pengurus atau FA Sepanyol rasa aku sebagai satu masalah, aku tiada masalah untuk mengundur diri dan meninggalkan pasukan.
Kenyataan dan sokongan Pique ini mungkin telah membawa kemarahan kepada penentang kemerdekaan Catalonia hingga terbawa ke padang latihan.
Pique diboo dan dikecam semasa masuk kepadang latihan dan ada mengacukan jari tengah ke arah Pique dan penuh dendam mereka bilan Pique ‘F*ck you!’. Mereka yang hadir juga mejerit ‘Keluar! Keluar!’ saat bola di kaki Pique.
Sale Piqué pic.twitter.com/F61hBh1mYk
— Eduardo J. Castelao (@EJCASTELAO) October 2, 2017
Antara kata nista yang dilemparkan kepada Pique selain ‘Pique keluar’ :
“Pique lubang J***r!, Sepanyol negara kau!”
“Pique lubang J***r! Berambus dari pasukan Sepanyol!”
Selepas 23 minit, sesi latihan dihentikan dan semasa para pemain menuju ke bilik persalinan ada penonton yang mula membaling objek.
Tras 23 minutos España deja de entrenar pic.twitter.com/LjD3Jvjx81
— Eduardo J. Castelao (@EJCASTELAO) October 2, 2017
Terdapat penonton yang hanya ke sesi latihan ini dengan membawa banner semata-mata untuk mengutuk Pique dan ada yang mengakui mereka datang hanya untuk mengecam Pique ketika ditanya wartawan.
TV reporters asking people why they are there. Admitted they’d only come to abuse Piqué, not watch the team train.
— David Cartlidge (@davidjaca) October 2, 2017
Harga sebuah perjuangan kemerdekaan yang harus dihadapi oleh Gerard Pique.