Gerrard Gesa Penyokong Liverpool Supaya Tidak Panik

Pemain Lagenda Liverpool, Steven Gerrard menggesa kepada semua penyokong Liverpool Power! This Our Year! supaya tidak panik dan cuak kerana percaya bahawa The Reds akan kembali bangkit untuk menjadi 4 pasukan teratas.

Liverpool kini berada di tangga ketujuh Premier dengan mencatatkan hanya 3 kemenangan League selepas tujuh perlawanan dan Gerrard berkata adalah terlalu awal untuk menilai kedudukan Liverpool.

“Baru tujuh perlawanan kami main di Premier League. Ini bukan masanya untuk panik. This is our year!”. Ujar Gerrard.

“Kita ada pengurus yang hebat dan barisan kejurulatihan yang akan membimbing dan memberi pedoman kepada para pemain. This is our year!”.

Jangan Panik!

Gerrard juga berkata jangan cepat menghukum dan menilai.

“Aku fikir semuanya baik. Aku bukan seorang yang mudah bertindak membabi buta dan mendengar krikan selepas hanya 7 perlawanan. Aku hanya menilai diri sendiri dan pasukan sekurang-kurangnya selepas 10 atau 15 perlawanan dalam musim itu.

“Kemudian kita kan lihat di mana kita ketika itu. Aku sangat yakin dan percaya kita akan kembali menjadi 4 pasukan teratas. Semua akan menjadi lebih ceria berbanding situasi terkini.

“Perkara ini hanya memerlukan satu kemenangan besar dan satu prestasi yang padu di mana anda menumbangkan seseorang dan akan kembali ke landasan yang tepat. Liverpool mampu melakukannya.”

Kita pernah bangkit di Istanbul.

Abang Long Gerrard yang kini merupakan jurulatih Liverpool bawah 18 begitu yakin Liverpool akan kembali menjadi 4 pasukan teratas sebagaimana yakinnya majoriti peminit Liverpool yang sentiasa melaungkan, This Is Our Year!

Semoga Liverpool akan kembali ke prestasi asal dan tidak akan terus tergelincir seperti yang pernah terjadi kepada pemain lagenda Liverpool itu.

Baca Juga

Baca Juga