Seperti penyokonG Liverpool yang lain, Steven Gerrard sudah pasti mahu melihat Liverpool menjuarai gelaran Premier League musim ini dan Gerrard akui melihat Liverpool menjulang kejuaraan tidak akan pernah menutup fikirannya daripada mengingati kisah gelinciran penuh epik itu.
Bekas ketua pasukan England ini telah bermain sebanyak 710 kali untuk The Reds, memenangi 8 trofi utama. Gerrard meninggalkan Liverpool pada 2015 untuk ke La Galaxy.
Gerrard merupakan antara ketua pasukan Liverpool yang paling berkaliber dan telah menjadi lagenda kelab serta mengecap pelbagai perkara hebat sebagai pemain bola sepak.
Malam Istanbul. Satu malam istimewa buat penyokong fanatik Liverpool. Comeback paling teragung pernah terjadi dalam sejarah ketamadunan bola sepak dunia. Di sebalik comeback yang telah berlaku, ada satu susuk tubuh manusia yang menyebabkan semua itu terjadi iaitu;
Steven Gerrard!
Pada masa separuh pertama, pasukan Liverpool telah dibedil secukup rasa oleh pasukan AC Milan. 3 berbalas 0. Rata-rata peminat bola sepak pada masa itu telah menganggap Liverpool telah habis. Kejuaraan Piala Liga Juara-Juara Eropah pasti akan dimiliki oleh AC Milan.
Pada minit ke 54, Gerrard melakukan apa sepatutnya seorang manusia yang memakai lilitan kapten buat iatu menjaringkan gol semangat. Bukannya sekadar hanya membetulkan rambut dan membuat muka hensem. Gol tersebut mencetuskan api semangat rakan-rakannya yang lain.
Dua minit berselang. Smicer menjaringkan gol padu pada minit ke 56 dan menjadikan kedudukan kepada 2-3. Kini pemain Liverpool yakin bahawa mereka boleh melakukan comeback terhebat.
Dan keajaiban yang ditunggu telah tiba, pada minit ke-60 Gatusso yang bermuka bengis telah menjatuhkan seorang pemain Liverpool di dalam kotak penalti AC Milan. Siapakah dia?
Ya. Kapten fantastik Liverpool iatu Steven Gerrard. Alonso memgambil tugasan penalti tersebut namun sepakan tersebut berjaya ditepis oleh Dida dan menyebabkan bola itu muntah kembali kepada Alonso. Alonso dengan tenang menjaringkan gol dan menjadikan kedudukan semasa kepada 3-3.
Selebihnya, semua orang yang tahu mengenai permainan bola sepak ini. Tahu akan kisah menakjubkan ini walaupun benci manapun kau kepada Liverpool.
Tergelincir dan Mimpi Buruk
Musim 2013/14 merupakan kali terakhir Liverpool begitu hampir untuk menjulang Premier League. Tetapi insiden gelinciran Gerrard menjadi igauan ngeri di mana gelaran juara tergelincir sama.
Nyata insiden itu telah menghantui Gerrard walaupun telah bersara dan bergelar seorang pengurus namun peristiwa itu tidak mempengaruhi perasaannya.
“Luka ini tidak pernah tertutup sejak terjadi peristiwa itu. Aku tidak pasti adakah luka ini akan tertutup kerana aku tidak mampu mengubah masa silam. Perkara ini tidak memberi kesan kepada apa yang aku lakukan sekarang..”
“Aku tidak menjadi gila kerana peristiwa itu. Pada masa yang sama, itu merupakan satu tahun yang besar. Trofi yang menghilang ketika hampir didakap. Aku selalu memikirkan perkara ini dan harap ia akan berubah.”
“Secara jujur, itu merupakan satu masa yang sukar bagi aku. Aku penduduk tempatan(Liverpool), penyokong telah berada di situ sejak aku berusia 7 tahun.”
“Aku telah mengecap banyak perkara tetapi tidak cukup bertuah untuk menjulang gelaran Premiership. Aku fikir pasukan Liverpool sekarang menggunakan pengalaman lalu untuk membantu mereka mara.”
“Mereka mempunyai pemimpin hebat iaitu Jurgen yan aku pasti aku cuba sedaya-udaya mengurangkan tekanan dan kesangsian dari para pemain.”
Maka benarlah kata lelaki dari Malaysia ini yang bercerita tentang sejarah pelabuhan Liverpool yang selalu menjadi tempat kapal berlabuh kecuali satu kapal.
Kapal apakah itu?
Putus cinta itu sakit, tapi lebih sakit bila putus tapi masih cinta begitulah luka dari gelinciran Gerrard yang sangat menyakitkan namun lebih sakit apabila luka itu tidak pernah sembuh.
Beliau dilahirkan pada tanggal 30 Mei 1980. Dilahirkan di sebuat tempat bernama Whiston, Merseyside, England. Berketinggian 183 cm dan pandai menari tarian raver. Beliau memulakan karier bola sepak apabila menyertai akademi pasukan bola sepak Liverpool pada usia baru mencecah 9 tahun.
Beliau berada di akademi tersebut sehingga berumur 17 tahun dan dengan bakat yang beliau ada, Liverpool tidak menunggu lama untuk menandatangani kontrak profesional pertama beliau.
Selepas itu beliau tidak lagi menoleh ke belakang kerana beliau tidak mempunyai side mirror untuk menoleh. Beliau membantu Liverpool meraih pelbagai trofi atau piala. Sebut sahaja piala apa yang belum dimenanginya. 2 Piala FA, 3 kali Piala Liga (Carling Cup) , 1 Piala Juara-Juara Liga (Champion League), 1 Piala UEFA, 1 Piala Comunity Shield dan 1 Piala UEFA Super.
Jangan di cari mana piala Liga Perdana Inggeris. Memang tak ada. Itu adalah satu-satunya piala yang beliau inginkan. Pada musim 2013/2014 beliau hampir-hampir berjaya menamatkan badi kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Liverpool.
Namun malangnya insiden slip beliau pada 27 April 2014 membolehkan Demba Ba menjaringkan gol pertama menyebabkan Liverpool kehilangan kejuaraan kepada Manchester City.
Pada masa ketika itu, rata-rata penyokong Liverpool telah menyanyikan lagu-lagu gembira seolah-olah kejuaraan Liga Perdana Inggeris telah berada dalam genggaman mereka.
Ketika ini penyokong Liverpool mula menyanyi ‘We’re gonna win the league’. Sehingglah ini semua terjadi.
Tewas kepada Chelsea kemudian seri dengan Crystal Palace walaupun mendahului 3-0 pada minit ke-78.
Inilah peristiwa yang menghalang Liverpool dari menjuarai liga. Gelinciran Gerrard dan ada menamakan peristiwa ini Demba Ba Day.
Sedih lagi meruntun hati bukan? Dan laungan keramat ‘this is our year’ berterusan ke hari ini.
Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari…
Peristiwa tersebut menyebabkan mereka semua terpaksa hanya menyanyikan lagu Twinkle-Twinkle Little Star apabila musim 2013/2015 melabuhkan tirainya.