Gerrard Mahu United Tersingkir Dari Liga Juara-Juara Eropah, Tapi Akui Keputusan Pengadil Adalah Tepat

Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard dalam nada berjenaka berkata beliau menaruh harapan yang tinggi untuk melihat Manchester United tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah kepada Paris Saint-Germain awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, Gerrard mengakui keputusan yang dibuat pengadil pada lewat permainan untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada United adalah tepat.

Gerrrard tanpa berselindung menyokong PSG malam tadi. Namun apa daya United tetap layak. Kesian

Gerrard membuat kenyataan tersebut selepas pemberita bertanya pendapatnya mengenai kebangkitan menakjubkan United untuk menyingkirkan PSG seterusnya layak ke peringkat suku akhir.

Dua gol dari Romelu Lukaku dan gol penalti dari Marcus Rashford pada lewat permainan berjaya menghantar United ke peringkat suku akhir. Manakala PSG sekali lagi kempunan yang mana musim ini menjadi musim ke-3 berturut-turut perjalanan mereka tersekat di pusingan 16 pasukan terakhir.

Pengadil menggunakan bantuan VAR sebelum menghadiahkan penalti kepada United selepas bola rembatan Diogo Dalot terkena tangan pemain pertahanan PSG, Presnel Kimpembe. Kimpembe sebelum ini menjaringkan salah satu gol ketika PSG menang 2-0 di Old Trafford tempoh hari.

Gerrard berkata keputusan penalti tersebut adalah tepat walaupun beliau pada mulanya menganggap keputusan itu sebagai ‘kejam’ dan ‘tidak adil’ terhadap Kimpembe.

VAR dok pelawok ! 

“Peraturan adalah peraturan dan kita perlu menghormatinya. Peraturan sudah tentu tidak akan berubah musim ini. Ia sudah termakbub.” Beritahu Gerrard kepada sidang media menjelang pertemuang Rangers menentang Hibernian malam esok.

“Saya mendengar penjelasan dari pegawai pertandingan yang mengatakan keputusan penalti itu adalah tepat dan pengadil telah membuat tindakan yang betul. Ketika mula-mula saya melihat insiden tersebut, saya menganggap ia sebagai tindakan yang kurang adil terhadap pemain pertahanan PSG itu.”

“Sebab itu lah VAR sangat penting kerana jika tiada teknologi itu, kesalahan itu akan terlepas pandang dan Manchester United tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah. Yang mana dari sudut pandangan peminat Liverpool merupakan perkara yang bagus.”

Walaupun teknologi VAR berdepan banyak kritikan sejak kebelakangan ini, Gerrard akan menyambut baik idea untuk menggunakan teknologi tersebut dalam liga Scotland.

Gerrard bukan asing dengan kebencian beliau terhadap Setan Merah.

“Saya rasa VAR berjaya membuat banyak keputusan yang tepat dan betul yang mana bagus untuk sukan ini. Anda mungkin tidak gembira jika keputusan tidak memihak pada anda seperti yang berlaku terhadap PSG malam tadi.”

“Tetapi pendapat saya adalah ia akan memperbaiki bola sepak. Bercakap mengenai pengadilan dan sokongan yang kita boleh bagi kepada pengadil di Scotland, langkah seterusnya adalah dengan mengenalkan VAR.”

“Jadi, saya berharap suatu hari nanti kita akan mampu membawa teknologi itu ke Scotland. Saya rasa ia akan banyak membantu semua pihak.”

BACA:  Bekas Pengadil: 'Liverpool Patut Main 9 Orang, Pengadil Bijaksana Kendalikan Perlawanan Man United'