Gerrard Mencatat Rekod Yang Sangat Bagus Sebagai Pengurus

Lagenda pasukan Liverpool, Steven Gerrard yang kini bergelar seorang pengurus selepas bersara dari arena bola sepak sebagai pemain profesional telah mempamerkan rekod yang cemerlang dalam kerjaya barunya itu.

Selepas meninggalkan Liverpool untuk beraksi bersama LA Galaxy ramai menjangka Gerrard bakal pulang kembali ke Anfield mungkin bukan sebagai pemain. Selepas bersara Gerrard tidak menunggu lama memulakan karier sebagai pengurus.

Selepas menolak peluang untuk mengendalikan MK Dons, Gerrard telah mengambil peranan sebagai jurulatih pasukan remaja Liverpool sejak Februari 2017. Tugasnya adalah untuk membantu pemain muda menjadi hebat.

Apa lagi? Lambung.. lambung..

Kemudian Gerrard telah dinaikkan taraf sebagai pengurus pasukan remaja dan Gerrard merembat kencang seperti sepakan padunya peluang yang diberikan dengan begitu cemerlang membawa pasukan remaja.

Dalam 21 perlawanan di bawah seliaan beliau, hanya sekali Gerrard tergelincir dan merasai kekalahan dan kini pasukan Liverpool Muda berada ditangga teratas Carta Premier League bawah 18 tahun.

Pasukan bawaan Gerrard ini juga telah muncul juara kumpulan dalam saingan UEFA Youth League.

https://twitter.com/MHChehade/status/943483771797561349/

Gerrard telah memberi pujian kepada anak buahnya kerana mempunyai mentaliti yang kuat. Mungkin ditanam semangant YNWA dan TIOY.

“Pujian harus diberikan kepada para pemain. Mereka mencipta atmosfera dan semangat berkumpulan menyaksikan mereka sukar ditewaskan. Reaksi dan tindak balas mereka ketika ketinggalan sangat superb.”

“Mereka menunjukkan satu karakter yang menakjubkan untuk bangkit, bukan sekadar seri tetapi mereka mahu menang. Pemain selayaknya mendapat semua pujian yang diberikan.”

“Aku fikir prestasi aku hari ini sangat teruk dan telah membuat keputusan yang salah ketika perlawanan, namun para pemain ini berjaya menutupi kesilapan percaturan aku. Itu sangat padu.”

Saat permulaan kerjaya baru yang begitu meyakinkan dari Gerrard sebagai pengurus walaupun baru hanya 6 bulan memegang tampuk pengurus. Adakah Gerrard bakal menjadi pengurus hebat di masa hadapan?

Baca Juga

Baca Juga