Satu situasi dan insiden buruk tercertus dalam perlawanan Hibs menentang Rangers yang dikendalikan oleh lagenda tiada tolok banding Liverpool, Steven Gerrard.
Bekas kapten Liverpool itu telah naik angin lalu mengamuk dan hampir bergaduh dengan barisan kejurulatihan Hibs.
Ini semua gara-gara terjahan keras pemain Hibs, Ryan Porteous ke atas Borna Barisic selepas ketinggalan 3-0.
Ryan Porteous dilayangkan kad merah dan Borna Barisic yang terbaring dilontar pula botol kaca. Kesian.
Terjunan dan lakonan seratus peratus mengikut seorang pengguna Twitter ini.
https://twitter.com/TheCoffinShips/status/1208155575361646593
Gerrard tidak berpuas hati dengan tindakan Ryan Porteous dan mezahirkan perasaan marahnya kepada barisan kejurulatihan Hibs.
Lalu tercetuslah kekecohan pemabantu jurulatih Hibs, John Potter dan jurulatih Rangers, Tom Culshaw dihantar ke tempat duduk penonton.
Gerrard gagal menahan amarah lalu naik hantu.
I fucking love Gerrard ?❤️? pic.twitter.com/RCIH4b492y
— ?? WATP.com ?? (@WATP_com) December 20, 2019
Ternyata Gerrard tidak gembira dengan kekasaran ini.
Gerrard not happy with the reckless challenge leading to a red card ?⚪️?? pic.twitter.com/IidYQH2e1x
— Stu (@sturfcno1) December 20, 2019
Selepas perlawanan, Gerrard mendedahkan bahawa beliau tidak gembira dengan pasukan Hibs yang cuba mempertahankan kekasaran itu.
“Para petugas Hibs cuba mempertahankan terjahan seperti itu. Kau tak boleh nak tegakkan benda macam tu. Kita semua tahu itu satu terjahan jahat. Aku pernah lakukan beberapa kali.”
“Tiada masalah dengan terjahan keras seperti itu tapi kau jangan nak pertahankan benda tu.”
“Sangat jelas emosi menguasai diri tapi selepas semua ini reda kedua-dua belah pihak patut bermuhasabah diri dengan kelakuan masing-masing.”
“Aku bercakap dengan dengan pasukan aku masa tu. Tapi aku sangat kecewa dengan tindakan mereka cuba mempertahankan kekerasan itu kerana kad merah.”
“Tiada jalan lain untuk tindakan itu kecuali kad merah.”
"Hibs couldn't cope with our intensity and quality."
"We're used to the pressure, we're not surprised."
Steven Gerrard took a LOT of satisfaction in proving the doubters wrong tonight ?
Top interview from the Rangers boss. pic.twitter.com/IpwpeHqzHm
— Football on BT Sport (@btsportfootball) December 20, 2019
Ranger menewaskan Hibs 3-0 dalam perlawanan ini dan berada dua gol di depan dalam tempoh 8 minit pertama permainan hasil jaringan Ryan Kent dan Joe Aribo.
Jermain Defoe menjaringkan gol ketiga lapan minit selepas babak kedua dan selepas itu terjadi insiden dan kekecohan.