Gianluca Scamacca Diikat West Ham £35.5 Juta Dan Menjadi Penyerang Ke-51 Dibeli Sejak 2010

West Ham United akhirnya mendapatkan pemain penyerang baharu selepas lebih dari 1000 hari apabila menyambar Gianluca Smacca dari Sassuolo dengan yuran perpindahan bernilai £35.5 Juta.

Gianluca Scamacca cemerlang bersama Sassuolo musim lalu di Serie A apabila telah menjaringkan 16 gol dan sudah pasti David Moyes mengharapkan pretasi yang sama dari Scamacca di Premier League.

Michail Antonio, yang telah bermain hampir setiap posisi untuk West Ham, terbukti sebagai pemain yang boleh dipercayai dan cemerlang sebagai penyerang sementara.

Pemain berusia 32 tahun itu telah menjaringkan 10 gol dan mencipta lapan bantuan gol dengan menyarung jersi No.9 dalam Liga Perdana musim lalu.

Dengan kempen UEFA Europa Conference League (UECL) yang bermula dipusingan kelayakan menanti West Ham, David Moyes memerlukan lebih sengat di bahagian hadapan.

West Ham United yang bertapak di Timur London merupakan kelab yang sangat bergelut untuk mendapatkan penyerang yang boleh diharapkan sejak David Gold dan David Sullivan membeli kelab pada tahun 2010.

Teramat ramai sebenarnya pemain penyerang telah dibawa masuk oleh West Ham United sejak 2010 dan Gianluca Scamacca merupakan penyerang yang ke-51 tiba di Timur London.

Dalam tempoh 12 tahun ini ramai penyerang gagal atau flop bertahap dewa. Secara purata empat penyerang dibawa masuk oleh West Ham United setiap tahun.

Paling menakjubkan 20 daripada 50 penyerang ini gagal menjaringkan sebarang gol untuk The Hammers antaranya adalah Benni McCarthy, Mido, Marouane Chamakh, Mladen Petric, Simone Zaza, Jordan Hugill dan Albian Ajeti.

Andy Carroll menjaringkan 34 gol dalam 142 penampilan untuk The Hammers selepas mencipta rekod kelab dengan yuran perpindahan sebanyak £15 juta dari Liverpool.

Dan anda mungkin terlupa bahawa West Ham membawa Carlton Cole kembali secara percuma hanya beberapa bulan selepas melepaskannya. Pelik tapi benar sedara.

Diafra Sakho mengharungi musim yang mantap pada 2015/15 dan kelihatan hebat selepas menjaringkan 10 gol di Liga Perdana.

Marko Arnautovic yang mengetuai barisan depan dengan sangat baik, menjaringkan 22 gol dalam 65 penampilan sepanjang dua musim. Tapi itu la tak lama.

Emmanuel Emenike dan Lucas Perez bukan satu perniagaan yang baik dan begitu juga ramai yang lain, akhirnya membawa kepada West Ham memecahkan rekod perpindahan mereka untuk Sebastien Haller.

Penyerang Ivory Coast itu menyertai The Hammers dengan bayaran £45 juta dari Eintracht Frankfurt dan menjaringkan tujuh gol pada musim pertamanya sebelum menyertai Ajax dengan nilai £18.8 juta pada pertengahan musim keduanya.

Haller meledak dengan kelab Amsterdam itu, malah menjaringkan 11 gol dalam lapan penampilan Liga Juara-Juara musim lalu dan menjadi pemain terpantas mencapai dua angka dalam sejarah pertandingan.

Prestasi luar biasa Haller menarik minat Borrusia Dortmund untuk menggantikan Erling Haaland yang dirembat City.

Sementara itu, Jarrod Bowen telah telah menjadi pembelian tepat di Stadium London. Kebanyakannya bermain di sayap kanan, bekas pemain Hereford United itu meledak 12 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu dan menerima panggilan skuad kebangsaan England.

Walaupun Bowen telah menjadi kisah kejayaan besar sejak perpindahan bernilai £18 juta dari Hull, urus niaga West Ham mendapatkan penyerang sebahagian besarnya sangat buruk dan Scamacca diharap mengikut jejak Bowen dan bukan penyerang yang lain.

Berikut adalah senarai penuh 50 penyerang West Ham United sejak 2010:

1. Benni McCarthy – 14 penampilan, 0 gol

2. Mido – 9 penampilan, 0 gol

3. Ilan – 11 penampilan, 4 gol

4. Pablo Barrera – 23 penampilan, 0 gol

5. Frederic Piquionne – 62 penampilan, 11 gol

6. Victor Obinna – 32 penampilan, 8 gol

7. Demba Ba – 13 penampilan, 7 gol

8. Robbie Keane – 10 penampilan, 2 gol

9. John Carew – 21 penampilan, 2 gol

10. Sam Baldock – 22 penampilan, 5 gol

11. Brian Montenegro – 1 penampilan, 0 gol

12. Joe Dixon – 0 penampilan, 0 gol

13. Nicky Maynard – 17 penampilan, 4 gol

14. Ricardo Vaz Te – 61 penampilan, 19 gol

15. Modibo Maiga – 45 penampilan, 7 gol

16. Andy Carroll – 142 penampilan, 34 gol

17. Sean Maguire – 0 penampilan, 0 gol

18. Marouane Chamakh – 3 penampilan, 0 gol

19. Wellington Paulista – 0 penampilan, 0 gol

20. Mladen Petric – 4 penampilan, 0 gol

21. Carlton Cole – 56 penampilan, 9 gol

22. Jaanai Gordon – 0 penampilan, 0 gol

23. Marco Borriello – 2 penampilan, 0 gol

24. Mauro Zarate – 29 penampilan, 7 gol

25. Diafra Sakho – 71 penampilan, 24 gol

26. Enner Valencia – 68 penampilan, 10 gol

27. Nene – 8 penampilan, 0 gol

28. Martin Samuelsen – 2 penampilan, 0 gol

29. Michail Antonio – 228 penampilan, 61 gol

30. Nikica Jelavic – 14 penampilan, 2 gol

31. Emmanuel Emenike – 16 penampilan, 2 gol

32. Luka Belic – 0 penampilan, 0 gol

33. Simone Zaza – 11 penampilan, 0 gol

34. Jonathan Calleri – 19 penampilan, 1 gol

35. Toni Martinez – 3 penampilan, 0 gol

36. Sofiane Feghouli – 27 penampilan, 4 gol

37. Andre Ayew – 50 penampilan, 12 gol

38. Ashley Fletcher – 20 penampilan, 1 gol

39. Marko Arnautovic – 65 penampilan, 22 gol

40. Javier Hernandez – 63 penampilan, 17 gol

41. Jordan Hugill – 3 penampilan, 0 gol

42. Oladapo Afolayan – 1 penampilan, 1 gol

43. Lucas Perez – 19 penampilan, 6 gol

44. Xande Silva – 2 penampilan, 0 gol

45. Andriy Yarmolenko – 86 penampilan, 13 gol

46. Mesaque Dju – 0 penampilan, 0 gol

47. Sebastien Haller – 54 penampilan, 14 gol

48. Albian Ajeti – 12 penampilan, 0 gol

49. Jarrod Bowen – 104 penampilan, 27 gol

50. Nikola Vlasic – 31 penampilan, 1 gol

BACA:  Premier League 2022/23: Liverpool 1-0 West Ham United