Giggs Pernah Nasihat Manchester United Beli Mbappe & Jesus

Bekas pemain dan juga ikon Manchester United, Ryan Giggs berkata beliau pernah menasihatkan pasukan lamanya itu supaya menandatangani Kylian Mbappe dan Gabriel Jesus sebelum pemain-pemain ini terkenal.

Bekas pemain antarabangsa Wales ini pernah menjadi penolong kepada bekas pengendali Manchester United, Louis Van Gaal dari tahun 2014 sehingga 2016. Giggs juga mendedahkan yang beliau pernah berselisih pendapat dengan bos lamanya itu mengenai polisi perpindahan pemain.

Giggs memberitahu beliau pernah menilai persembahan Mbappe dan Jesus ketika bekerja di bawah Van Gaal dan menasihatkan kelabnya untuk segera mendapatkan pemain ini sebelum mereka terkenal atau disambar kelab luar yang lain.

Giggs: Aku dah rekemen tapi Van Gaal degil taknak beli awal2

Ramalan Giggs akhirnya bertukar menjadi realiti selepas kedua-dua pemain ini muncul bakat muda terbaik dalam dunia bolasepak hari ini. Mbappe dikenali dunia selepas membantu Monaco meraih takhta Ligue 1 musim lepas dan membawa Monaco mara sehingga peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara musim lepas.

Mbappe menyertai Paris Saint-Germain pada tirai perpindahan musim panas lalu sebagai pemain pinjaman. PSG terpaksa meminjam Mbappe terlebih dahulu kerana perlu mematuhi peraturan Financial Fair Play (FFP) yang ditetapkan UEFA.

Jesus pula menyertai seteru utama United iaitu Manchester City dari Palmeiras awal tahun 2017. City membayar £27 juta untuk mendapatkan khidmat Jesus dan jumlah tersebut dilihat sangat berbaloi selepas melihat prestasi semasa pemain ini di Etihad Stadium.

Jesus menyertai kelab Manchester yang salah

“Saya menonton perlawanan yang melibatkan Jesus 3 tahun lalu. Saya mengikuti perkembangan Mbappe selama setahun lamanya. Saya menonton aksi mereka bersama pencari bakat United. Saya tahu United perlu mendapatkan 2 pemain ini.” Giggs dipetik berkata kepada akhbar The Times.

“Ketika itu, nilai perpindahan mereka mungkin sekitar £5 juta. United hanya perlu bayar kepada kelab mereka, dan pinjamkan kembali kepada kelab asal. Itulah bahagian dimana polisi perpindahan yang diamalkan United harus dirujuk kembali.”

Ketika zaman pemerintahan Van Gaal, United berbelanja besar untuk mendapatkan pemain ternama seperti Angel Di Maria, Memphis Depay, Anthony Martial, Morgan Schneiderlin dan Radamel Falcao.

Tiada DNA United

Walaupun berbelanja besar, United gagal mencabar takhta liga ketika itu dan pasukan gagal bermain baik secara konsisten. Giggs percaya ketibaan beberapa pemain yang dibawa Van Gaal tidak mempunyai identiti United yang sebenar, dan perkar a ini menjadi faktor utama mengapa United gagal bersaing pada masa itu.

“Saya tahu apa yan perlu dimiliki pemain untuk bermain dengan Manchester United. Banyak pemain yang dibawa masuk tidak mempunyai identiti pemain United yang sebenar. Ada juga beberapa pemain United sebenar yang dibenarkan berpindah keluar.”

“Saya merujuk kepada pemain seperti Rafael, Danny Welbeck, dan Jonny Evans. Mereka ini adalah pemain United yang sebenar.”

BACA:  Mourinho Persoal Hati Pemain Manchester United Selepas Seri Menentang Crystal Palace