Gila Padu Gol Sepakan Percuma Dybala Dari Sudut Sempit

Paulo Dybala telah menjaringkan satu-satunya gol ketika Juventus menewaskan Atletico Madrid di perlawanan UEFA Champions League melalui satu sepakan percuma padu dari sudut yang kecil dan sempit untuk gol terhasil.

Kemenangan tipis ini sudah cukup untuk membawa Juventus mara ke pusingan seterusnya dan satu kelegaan buat Maurizio Sarri dengan aksi Paulo Dybala sejak beberapa perlawanan lalu.

Pada musim panas lepas, Juventus hampir melepaskan pemain berusia 26 tahun itu bagi mendapatkan aliran tunai namun disebabkan harga dan gaji yang melampau banyak pasukan menolak walaupun berminat amat.

Sepakan percuma diperoleh di luar sedikit sebelah kanan kotak dan hanya beberapa kaki sahaja daripada garisan gol, Miralem Pjanic dan Paulo Dybala bermesyuarat sebelum membuat sepakan.

Dengan situasi bola itu berada disudut yang sempit dan sukar makan Pjanic membiarkan sepakan dibuat oleh Dybala seorang pemain yang berkaki kiri kerana kebarangkalian lebih tinggi.

Tembakan deras Dybala terus memecut dengan laju melepasi kepala benteng dan terus menuju ke tengah gawang dan bola terus masuk di selepas menghentam palang menewaskan Jan Oblak.

Oblak juga mengakui gol itu sangat baik dari situasi yang sukar dan sudut juga sangat sempit, pemain yang ramai di depan gol juga telah membuatkan pandangan Oblak terbatas.

Jika dilihat daripada sudut pandang rakaman beberapa orang penonton yang berdurasi beberapa saat ini juga memang sangat menggiurkan.

Padu juga dari sudut ini.

Ini kompilasi rakaman penyokong dari pelbagai arah.

Pada 4 Jun 2015 Dybala telah diikat oleh Juventus dari Palermo untuk tempoh 5 tahun dengan harga €40 juta. Selepas 3 tahun bersama Juventus harga pasaran semasa Dybala melonjak naik ke angka €155 juta.

The left-footed baby-faced assassin(Pembunuh Upahan Bermuka Bayi Berkaki Kidal) ini tidaklah mempunyai kelajuan yang mencecah kelajuan bunyi seperti Messi nama beliau dianugerahkan dengan kaki kiri mengancam beserta penyudah yang tajam.

Dybala juga dianugerahkan dengan otak yang mempunyai processor berkelajuan tinggi di mana Dybala mampu melihat sesuatu situasi 10 saat lebih laju berbanding pemain lain di padang.

Sudah terlalu lama bola sepak Argentina mencari pemain yang mampu menjadi penyambung kecemerlangan Diego Maradona. Pablo Aimar, Ariel Ortega dan ramai lagi. Namun para pemain ini gagal untuk menanggung beban dibandingkan dengan Maradona sehinggalah kemunculan Leo Messi.

Setelah lama menunggu dalam mencari pengganti Maradona, kini the Albiceleste telah menjumpai pewaris Messi walaupun Messi masih belum bersara. Pemain itu adalah Paulo Dybala.

La Joya atau permata merupakan nama panggilan yang diberikan kepada Dybala tetapi kini sudah berusia 26 tahun masih belum memberi impak yang besar bersama kelab atau negara.

Baca Juga

Baca Juga