Gila! Pemain Negara Tenang Mengangkat Smash 5 Kali Sambil Tersimpuh

Pasangan beregu negara, Aaron Chia dan Teo Ee Yi berjaya melakukan aksi terbang menyelamat bulu tangkis yang menyebabkan beliau jatuh terduduk ketika menentan beregu Denmark, Mathias Boe dan Mathias Christiansen.

Tidak sempat untuk Teo Ee Yi bangun pemain beregu Denmark telah melakukan smash kencang namun berjaya diangkat. Bukan sekali tapi 5 kali berturut-turut.

Kejadian berlaku ketika perlawanan keempat Piala Thomas yang lalu untuk penentuan juara kumpulan D untuk mara ke perlawanan suku akhir.

Perlawanan inj menyaksikan beregu negara, Aaron Chia-Teo Ee Yi memberi saingan sengit kepada beregu berpengalaman Mathias Boe-Mathias Christiansen, sebelum tunduk 21-19,10-21, 18-21.

Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark dalam perlawanan penentuan juara kumpulan D di Piala Thomas 2018 yang berlangsung di Thailand.

Kini pasangan Aaron Chia dan Teo Ee Yi tidak berpasangan lagi dan Aaron Chia berpasangan dengan Soh Wooi Yik.

Gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah menghasilakn pingat emas di Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filipina dalam acara beregu lelaki.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas dalam acara badminton beregu lelaki 16 tahun lalu melalui pasangan Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah di Sukan SEA 2003 Hanoi, Vietnam.

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menewaskan pasangan beregu Thailand, Bodin Isara dan Maneepong Jongjit di perlawanan akhir yang berlangsung di di Kompleks Sukan Muntinlupa.

Kemenangan pingat emas Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dipamerkan dengan aksi kebangkitan selepas mereka tewas pada set pertama 18-21 dan menang dalam dua set seterusnya 21-15, 21-16.

Baca Juga

Baca Juga