Pertaruhan Gila Pemain Perancis, Setakat Ini Hanya Giroud Akan Mengotakan Janji

Penyerang berbisa Perancis, Olivier Giroud sebelum bermula Piala Dunia 2018 telah berjanji akan mencukur rambutnya jika Perancis berjaya menjulang Piala keagungan itu buat kali kedua dalam sejarah bola sepak mereka.

Tanpa sebarang gol dan percubaan tepat Giroud dengan bergayanya membawa Perancis muncul juara. Beberapa penyerang lain termasuk menang kasut emas dengan 6 gol tidak ke mana dan sekadar ‘It’s Coming Home’. Berbisa bukan?

Giroud nyata terlupa dengan janjinya akan mencukur rambutnya yang kemas lagi bersikat rapi itu, namun TF1 segera mengingatkan janjinya itu selepas mereka berjaya menewaskan Croatia 4-2.

Ketika bersiaran secara langsung staf TF1 muncul bersama mesin pemotong rumput dan mengacah memotong rambut Giroud yang membuatkan Giroud menjerit seperti pondey.

Namun sebagai lelaki bertelur dan bukan seorang pengasas produk kosmetik Giroud akan mengotakan janjinya dan memberi tarikh untuk melakukannya iaitu selepas membaptiskan anaknya pada minggu hadapan 22 Julai.

Ternyata Giroud tidak berjalan berseorangan dalam hal taruh bertaruh ini apabila beberapa lagi orang pemain Perancis membuat pertaruhan jika mereka menang Piala Dunia. Boleh tahan gila juga janji mereka ini. Baler.

Hugo Lloris: Merangkak di pub di Nice
Nabil Fékir & Olivier Giroud: Botak kepala
Blaise Matuidi: Berbasikal dari Paris ke Turin
Thomas Lemar: Mewarnakan rambut
Adil Rami: Bertempur dengan Teddy Riner

Masak betul Blaise Matuidi nak berbasikal ke Turin. Jumpa Ronaldo? Paling teruk mungkin Adil Rami jika terpaksa ditunaikan kerana beliau akan berlawanan dengan Teddy Riner yang merupakan pakar dan juara Judo Dunia.

Teddy Riner juga merupakan pemenanga 10 kali juara pingat emas kejuaraan dunia satu-satunya ahli Judo bejaya melakukan perkara ini, dua pingat emas olimpik dan 5 pingat emas Kejuaraan Eropah. Matilah bossku.

Penyerang Chelsea itu telah bermain selema 465 minit dari peringkat kumpulan hingga ke perlawanan akhir hanya berjaya melakukan 13 percubaan dan tiada satu pun daripadanya merupkan percubaan tepat.

Ana tahu cara jadi tunggul kayu,

Untuk rekod, percubaan tepat atau Shots on target Oliver Giroud di Piala Dunia 2018 :

Perancis vs Australia – 0 Shots on target (20′)
Perancis vs Peru – 0 Shots on target (90′)
Perancis vs Denmark – 0 Shots on target (90′)
Perancis vs Argentina – 0 Shots on target (90′)
Perancis vs Uruguay – 0 Shots on target (90′)
Perancis vs Bergium – 0 Shots on target (85′)
Perancis vs Croatia – 0 Shots on target (81′)

Tanpa sebarang percubaan tepat apatah lagi jaringan dari Giroud Perancis mara dengan selesa dan menjulang dengan mudah untuk muncul juara kerana mereka tahu bagaimana untuk menang. Mungkin Giroud berfungsi sebagai penasihat di padang.

Didier Deschamps bergantung harap kepada Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe untuk mejaringkan gol malah pemain pertahanan pun mampu menjaringkan gol ketika Giroud sekadar berpoco-poco di padang dan kadang-kala menjadi bongkah kayu.

Satu-satunya percubaan yang hampir tepat ketika menentang Peru, namun percubaan Giroud itu tertampan kepada Mbappe menyaksikan tiada percubaan tepat buat Giroud di Piala Dunia ini namun gah menjulang Piala.

Baca Juga

Baca Juga