Giroud Kini Sebaris Dengan Faiz Subri Selepas Menang Anugerah Puskas 2017

Selepas undian tamat maka 3 finalis telah disenarai pendek dari 10 calon untuk anugerah Puskas dan mereka adalah Deyna Castellanos, Olivier Giroud dan Oscarine Masuluke.

Olivier Giroud kini boleh berbangga dan sebaris dengan Faiz Subri selepas meraih Anugerah Puskas 2017. Faiz Subri dari Pulau Pinang telah memenangi anugerah tersebut pada tahun lalu..

Giroud meraih 36.17 peratus daripada 792,062 undian yang telah dibuat secara atas talian untuk memilih gol tebaik.

Penyerang Perancis ini melakukan scorpion kick untuk menjaringkan gol ketika serangan balas hasil hantaran Alexis Sanchez sedikit terkebelakang. Tetapi tiada masalah untuk penyerang berbisa seperti Giroud membuat aksi akrobatik.

Bola tepat dikala jengkingkan lalu menuju ke gawang menghentam palang sebelum bola terkulai dek sengatan kala jengking Giroud.

Senarai 10 Calon FIFA Puskas Award 2017

Sepakan kala jengking atau ada menggelar sebagai sepakan Keldai Giroud telah dipilh sebagai pemenang dan ini merupakan calon 10 akhir Puskas 2017.

1. Kevin-Prince Boateng (Las Palmas)
2. Alejandro Camargo (Universidad de Concepcion)
3. Deyna Castellanos (Venezuela)
4. Moussa Dembele (Celtic)
5. Olivier Giroud (Arsenal)
6. Aviles Hurtado (Tijuana Xolos)
7. Mario Mandzukic (Juventus)
8. Oscarine Masuluke (Baroka)
9. Nemanja Matic (Chelsea)
10. Jordi Mboula (Barcelona)

Baca Juga

Baca Juga