Godin Nafi Guna Manchester United Untuk Mendapatkan Kontrak Lebih Lumayan Di Atletico Madrid

Pemain pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin berkata beliau tidak menggunakan minat yang ditunjukkan Manchester United terhadapnya bagi mendapatkan kontrak baru yang lebih lumayan.

Godin menjadi sasaran utama Jose Mourinho pada hari terakhir jendela perpindahan pemain selepas usaha untuk mendapatkan pemain seperti Harry Maguirre dan Toby Alderweireld gagal kerana yuran perpindahan yang terlalu gagal.

Godin menafikan beliau mempermainkan perasaan peminat Manchester United demi untuk mendapatkan kontrak baru yang lebih lumayan.

Kapten Uruguay ini menjadi sasaran Mourinho seterusnya dan mengaktifkan ‘release clause’ dalam kontrak Godin yang hanya berjumlah £18 juta. Godin juga memasuki tahun terakhir dalam kontraknya dan akan bebas untuk berbincang dengan mana-mana kelab dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

United juga bersedia membayar £8 juta setahun kepada Godin dalam usaha terkahir United untuk meyakinkan Godin supaya berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.

Walau bagaimanapun, Godin mengesahkan beliau menolak tawaran lumayan tersebut atas sebab-sebab peribadi. Beliau juga menafikan laporan yang beliau telah menandatangani kontrak baru dengan Atletico Madrid sebaik sahaja menolak lamaran United.

Beberapa laporan dari Sepanyol menulis Godin telah menandatangani kontrak baru di Atletico Madrid dengan gaji dinaikkan selain menaikkan lagi ‘release clause’ pemain tersebut. Godin kini menerima £6.75 juta setahun dalam kontraknya.

Pencapaian terbaik Godin sepanjang bergelar pemain Atletico Madrid adalah memenangi La Liga pada tahun 2014

United percaya mereka telah dipergunakan ejen Godin untuk mendapatkan kontrak baru yang lebih lumayan bagi pemain pertahanan berusia 32 tahun itu.

Ketika bercakap kepada wartawan menjelang perlawanan akhir UEFA Super Cup menentang Real Madrid di Tallinn, Godin menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.

“Saya masih lagi belum menandatangani kontrak baru bersama Atletico Madrid. Saya ada menerima beberapa tawaran dalam jendela perpindahan ini, tetapi saya mengambil keputusan untuk menolaknya atas sebab-sebab peribadi. Dan sekarang saya hanya berfikir mengenai perlawanan akhir ini sahaja.”

Godin dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia dan mungkin pemain paling cocok untuk menjadi driver bus Mourinho

“Tetapi saya masih lagi belum melanjutkan kontrak saya di sini. Saya ada terbaca berita mengenai perkara ini tetapi saya sendiri tidak tahu dari mana ia datang.”

Godin menyertai Atletico Madrid pada tahun 2010 dan merupakan antara muka lama yang berkhidmat di kelab tersebut. Antara pencapaian terbaik beliau adalah memenangi La Liga pada musim 2013/2014 selain layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali. Atletico Madrid tewas dalam kesemua perlawanan akhir tersebut di tangan seteru utama mereka iaitu Real Madrid.

BACA:  Varane Laung Amaran: "Manchester United Ada Kualiti Untuk Menjulang UCL"