Gol Dari Jarak 37 Meter Che Adam Lemaskan Manchester City

Juara Premier League musim lalu, Manchester City gagal mengekalkan momentum kemenangan penuh bergaya mereka ke atas Juara Premier League musim ini apabila tumpas di kaki Southampton,

Segalanya berpunca daripada gerakan dari bawah, Ederson keluar dari kawasan gol untuk membuat hantaran pendek pada minit ke-16.

Namun ketika bola berada di kaki Oleksandr Zinchenko, Stuart Armstrong berjaya menolak bola secara meliar dan bola sampai ke kaki Che Adam.

Melihat Ederson belum kembali ke gawang, Che Adam terus melakukan percubaan jarak jauh yang sungguh sensasi dari jarak 3 meter.

Bola dilencongkan selencong mungkin dan berjaya menerjah jaring yang tidak dikawal dan terbuka luas. Ederson hanya mampu melihat.

Jaringan cantik tak boleh bawa bincang itu merupakan gol pertama Che Adam sejak menyertai Southampton.

Che Adam membuat debut pada Ogos 2019 selepas diikat dengan tanda harga £15 juta pada jendela perpindahan musim panas.

Selama 330 hari Adam kemarau jaringan sebagai pemain Southampton dan gol itu hadir sebagai gol kemenangan menentang Manchester City.

Musim ini menyaksikan Southampton telah berjaya meraih 11 dalam perlawanan menentang pasukan 6 teratas dalam 11 perlawanan dengan 3 menang 2 seri dan 6 tewas.

Hanaya Wolves yang mengutip lebih banyak mata menentang pasukan 6 teratas dengan 12 mata.

Tersentak dengan jaringan awal Southampton, pasukan Pep Guardiola ini melancarkan serangan bertali arus namun jaringan penyamaan sekurang-kurangnya tidak kunjung tiba.

Sebanyak 26 percubaan yang dilakukan oleh Manchester City dalam perlawanan ini dan tidak membuahkan hasil.

Line-up Southampton vs Manchester City

Southampton (4-4-2): McCarthy 8.5; Walker-Peters 7, Stephens 7, Bednarek 6.5, Bertrand 6.5; Armstrong 7 (Smallbone 90), Ward-Prowse 6.5, Romeu 6.5, Redmond 7; Adams 7.5 (Long 70, 6), Ings 6.5

Subs not used: Gunn, Djenepo, Obafemi, Smallbone, Vokins, Danso, Ferry, Jankewitz

Manchester City (4-3-3): Ederson 6.5; Cancelo 6.5, E Garcia 6, Laporte 5, Zinchenko 5; Fernandinho 6, D Silva 7, Bernardo 6.5; Mahrez 6.5 (De Bruyne 58, 6.5), Jesus 5.5, Sterling 6.5 (Foden 58, 6.5).

Subs not used: Bravo, Stones, Gundogan, Rodrigo, Otamendi, Doyle, Harwood-Bellis.

BACA:  VIDEO: Gol Roket Enciso Lawan Man City Terbangkan Brighton Ke Eropah