Gol Lewat Permainan Sensasi Jepun, Kubo Selamatkan Getafe Dari Penyingkiran

Gol lewat permainan daripada pemain bola sepak muda sensasi dari Jepun, Takefusa Kubo telah menyelamatkan Getafe dari penyingkiran dan kekal lagi semusim di La Liga.

Takefusa Kubo yang berperanan sebagai pemain tengah merupakan pemain pinjaman daripada Real Madrid yang telah dibeli pada tahun 2019.

Sejak menyertai Real Madrid, Takefusa Kubo belum pernah beraksi bersama Los Blancos dan terus dipinjamkan ke Mallorca kemudian Villareal dan kini bersama Getafe.

Pertemuan menentang Levante merupakan perlawanan penting buat Getafe untuk meneruskan kelansungan hidup di La Liga dan kemenangan akan menyelamatkan mereka.

Carles Alena memulakan misi Getafe dengan cemerlang apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-13 dalam perlawanan yang berlangsung di Coliseum Alfonso Perez.

Namun jaringan tersebut kembali dipadam selepas 30 minit permainan apabila Gonzalo Melero menyamakan kembali kedudukan

Takefusa Kubo masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-75 menggantikan Marc Cucurella untuk menambah sengat jentera serangan.

Ternyata percaturan jurulatih Getafe, Pepe Bordalas memasukkan Takesufa Kuba tidak salah dan menjadi keputusan paling tepat dan benar.

Kurang 10 minit di padang, Takesufa Kubo telah menunjukkan potensi dan membalas kepercayaan Pepe Bordalas dengan gol kemenangan melalui satu rembatan padu.

youtube.com/watch?v=h9rSKlkOUPQ

Takesufa Kubo secara solo membawa bola dari tengah padang dan mara ke kotak penalti sebelum menolak bola sedikit ke kiri dan melepaskan satu rembatan padu dari sudut yang agak sempit.

Penuh emosi para pemain dan pegawai pasukan Getafe termasuklah Takesufa Kubo meraikan jaringan tersebut kerana menyedari mereka telah terselamat.

Takesufa Kubo yang mendapat jolokan ‘Messi Jepun’ meraikan jaringan itu dengan membuka baju dan mengangkat jersi tertera nombor 5 persis keraian gol ikonik milik Lionel Messi.

Kemenangan ini telah mengekalkan Getafe ditangga ke-16 La Liga dengan kelebihan empat mata dari zon penyingkiran ketika perlawanan berbaki satu perlawanan sahaja lagi.

Ini bermakna Getafe sudah terselamat tidak kira apa jua keputusan pada perlawanan terakhir mereka.

Takefusa Kubo menyertai Real Madrid pada usia 18 tahun dan telah mencetuskan fenomena apabila membuatkan rakan sepasukannya kelihatan seperti pemain amatur.

Takefusa Kubo yang mendapat jolokan Messi Jepun menjadi fenomena apabila video kompilasi aksinya yang menjalai latihan dimuat naik di atas talian.

Pasukan Gergasi Sepanyol itu telah mengikat Kubo dengan ikatan sah selama lima tahun dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £1.78 juta.

Media antarabangsa pula banyak mengwar-warkan bahawa Kubo akan mendapat tempat dihati Zidane namun itu semua tidak terjadi apabila Kubo dipinjamkan ke Mollorca yang baru kembali ke La Liga.

Ini semua gara-gara kerana peraturan yang berkaitan jumlah pemain asing yang boleh digunakan oleh Real Madrid, maka Zidane membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan Kubo.

Bagi tidak mensia-siakan bakat yang ada pada kubo, beliau dipinjamkan ke Mollarca, Villareal dan kini Getafe untuk mendapat minit perlawanan yang cukup.

Sebelum genap usianya 18 tahun, Takesufa Kubo telah dinamakan dalam skuad kebangsaan Jepun apabila dipanggil untuk kejohanan Copa America 2019 selaku pasukan jemputan.

Takesufa Kubo membuat debut pasukan senior Jepun pada 9 Jun 2019 ketika perlawanan persahabatan menentang El Salvador, masuk menggantikan Takumi Minamino pada minit ke-67.

BACA:  Selepas 13 Tahun Akhirnya Fabregas Mengaku Membaling Pizza Ke Muka Ferguson