Gol Lipat Danny Ings Dianggap Calon ‘Goal Of The Season’

Share on facebook
Share on twitter

Walaupun saingan Premier League baru saja dimulakan pada Ogos ini, namun Danny Ings telah berjaya menjaringkan gol yang dianggap berpotensi dianugerahkan sebagai gol tercantik musim ini.

Beliau berjaya menjaringkan gol menggunakan teknik lipat yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Newcastle United malam semalam.

Bekas penyerang Liverpool itu berjaya meledak gol pertamanya dalam perlawanan kompetetif untuk Aston Villa ketika debutnya bertemu Watford minggu lalu.

Beliau kemudiannya menjaringkan gol kedua dari dua penampilannya bersama Aston Villa ketika beraksi bertemu Newcastle malam semalam, dengan menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Para peminat bahkan menganggap gol tersebut sudah boleh dinobatkan sebagai Goal Of The Season walau saingan liga baru saja dimulakan.

Bola tersebut dilambungkan cantik dari sudut lontaran ke dalam ketika masa tambahan penghujung aksi babak pertama permainan, dan bola tersebut kemudian ditanduk oleh Tyrone Mings tepat ke arah Danny Ings.

Ings tidak menunggu lama untuk menunjukkan kemampuan akrobatik yang sungguh luar biasa dengan beliau terus melambungkan badan sambil menghayunkan kaki merembat bola masuk ke gawang gol Newcastle.

Penyokong di stadium terpukau melihat jaringan tersebut yang membantu Villa untuk mendahului perlawanan 1-0 sebelum tamat aksi babak pertama perlawanan.

Teknik yang mantap dan disempurnakan dengan sangat cemerlang oleh Danny Ings dan para peminat di media sosial menganggap Premier League harus segera menobatkan gol tersebut sebagai Goal Of The Season.

“Sukar untuk kita tengok mana-mana pemain akan mampu untuk menjaringkan gol yang lebih cantik dari ini.”

“Saya berani katakan yang mustahil untuk kita lihat gol lebih baik berbanding gol ini, sungguh menakjubkan. Premier league patut bagi anugerah untuk gol ini.”

“Kualiti gol yang tidak boleh dinafikan sangat hebat. Keyakinan, ketenangan, kemampuan, semuanya terbaik.”

“Pembelian yang berbaloi, dia sudah membuktikan yang dia ada kualiti penyudah yang tiada pada pemain lain.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang begitu teruja dengan gol jaringan Danny Ings ketika bertemu Newcastle malam semalam.

Dalam dua musim terakhirnya, Ings telah berjaya menjaringkan 34 gol secara keseluruhannya dalam saingan Premier League dan beliau dilihat berpotensi untuk menambah jumlah gol tersebut.

Beliau telah ditandatangani dari Southampton pada musim panas ini dengan yuran perpindahan bernilai £25 juta.

Pembelian Ings sememangnya sangat berbaloi kerana beliau boleh menjanjikan gol yang banyak untuk Villa dan tidak mustahil untuk melihat beliau akan memimpin skuad kendalian Dean Smith selepas berakhirnya era Jack Grealish.

Anwar El Ghazi berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-62 permainan menerusi sepakan penalti, seterusnya mengukuhkan kedudukan Villa dua gol dihadapan.

Wisel penamat dibunyikan, dengan Aston Villa berjaya menewaskan Newcastle 2-0 seterusnya mencatatkan kemenangan pertama mereka dari dua perlawanan awal liga.

Aston Villa kini berada dikedudukan kesembilan dalam carta liga dengan mereka selepas ini bakal beraksi bertemu pendatang baru Premier League, Brentford.

Sumber: SB

Share on facebook
Share on twitter

Baca Juga

Baca Juga