Gol Lipat Padu Colombia Gagal Benam Brazil Dengan Gol Kontroversi

Gol akrobatik melalui satu lipatan yang sungguh padu dari pemain Colombia, Luis Diaz gagal untuk membenam Brazil yang memperoleh kemenangan dengan gol kontroversi.

Luis Diaz membuka tirai jaringan selepas 10 minit sepak mula selepas menerima hantaran Juan Cuadrado yang tidak sempurna untuk disudahkan secara normal.

Kedudukan Luis Diaz yang berada sedikit ke depan menyebabkan beliau melakukan aksi akrobatik dengan satu percubaan gunting.

Weverton yang diturunkan menggantikan Alisson Becker hanya mampu cuba menghalang ketika bola sudah menerjah jaring.

Brazil menguasai perlawanan dan melancarkan serangan demi serangan namun penyudah tahap budak sekolah menafikan sebarang jaringan penyamaan.

Kemasukan Roberto Firmino pada separuh masa kedua nyata merubah rentak Brazil dengan mencetuskan kreativiti yang diperlukan di tengah padang.

Pada minit ke-66 Neymar hampir saja menyamakan kedudukan selepas berjaya menggelecek penjaga gol Colombia, David Ospina.

Namun percubaannya terkena tiang selepas terlebih sedikit kelajuannya ketika berlari. Jika Neymar membiarkan Gabriel Jesus mencuba pasti gol.

Colombia terus bermain secara bertahan bagi mengekalkan kelebihan satu gol dengan memadatkan bahagian pertahanan mereka.

Pada minit ke-78 kekebalan pertahanan Colombia terlerai, Roberto Firmino telah menjaringkan gol penyamaan yang telah mencetuskan kontroversi.

Dalam gerakan gol yang terhasil itu bola telah telah terkena pengadil perlawanan, Nestor Pistana yang pada mulanya kelihatan seperti mahu menghentikan perlawanana.

Namun beliau membatalkan hasrat itu dan membiarkan permainan diteruskan, hasilnya lambungan Renan Lodi telah disudahkan dengan satu sundulan tajam Firmino.

Pemain pertahanan Colombia menjangkakan pengadil akan menghentikan perlawanan selepas bola terkena pengadil tetapi tidak dan gol penyamaan pula terhasil.

Pemain Colombia nyata tidak gembira dengan keputusan pengadil dan membuat bantahan, insiden itu turut disemak semua Video Assistant Referee (VAR).

Namun itu semua tidak mengubah kedudukan gol Firmino yang sudah disahkan sebagai gol penyamaan walaupun bantahan panjang dibuat.

Permainan mula panas dengan kekasaran terjadi diseluruh ceruk padang dan beberapa kad kuning telah dilayangkan. 10 minit masa kecederaan diberikan.

Casemiro muncul wira Brazil dengan gol kemenangan pada minit 90+10 dengan menanduk masuk sepakan penjuru dari Neymar.

Selepas tiga perlawanan Brazil selesa dengan 9 mata mengemudi kumpulan B, Colombia ditangga kedua dengan 4 mata.

Colombia kini berharap kepada keputusan perlawanan pasukan lain untuk mara ke pusingan seterusnya selepas tewas kepada Brazil dalam perlawanan terakhir mereka.

Brazil starting XI: Weverton; Danilo, Marquinhos, Silva, Sandro; Ribeiro, Casemiro, Fred; Jesus, Richarlison, Neymar

Colombia starting XI: Opsina; Munoz, Sanchez, Mina, Tesillo; Cuadrado, Barrios, Uribe, Diaz; Borre, Zapata

Brazil 3-0 Venezuela

Copa America 2021 anjuran badan induk bola sepak Amerika Selatan, South American Football Confederation (CONMEBOL) telah membuka tirainya yang menambahkan lagi kehangatan perlawanan bola sepak.

Perlawanan negara tuan rumah, Brazil yang merupakan juara bertahan menentang Venezuela di kumpulan B menjadi perlawanan pembukaan Copa America 2021.

Gelaran juara Copa America 2019 telah menamatkan kemarau kejuaraan Brazil untuk tempoh 12 tahun di mana kali terakhir mereka muncul juara pada 2007.

Untuk rekod Brazil telah memenangi kesemua kejohanan Copa America sebanyak 5 kali apabila bergelar tuan rumah, 1919, 1922, 1949, 1989 dan terbaru 2019.

Secara keseluruhannya Brazil telah berjaya bergelar juara Copa America sebanyak 9 kali dibelakang Uruguay (15 kali) dan Argentina (14 kali).

Copa America 2019 ini bermula dari 14 Jun sehingga 10 Julai 2021 melibatkan 28 perlawanan membabitkan 10 negara yang bernaung di bawah South American Football Confederation (CONMEBOL).

Pada awalnya tuan rumah Copa America 2019 merupakan anjuran bersama antara dua negara iaitu Colombia dan Argentina sebelum Brazil menjadi pak sanggup.

South American Football Confederation (CONMEBOL) telah membuang Colombia sebagai penganjur bersama pada Mei kerana rusuhan anti kerajaan dan Argentina pula dibatalkan kerana wabak yang melanda.

Brazil memulakan misi mempertahankan kejuaraan mereka dengan cemerlang apabila mudah membelasah Venezuela dengan tiga gol tanpa balas di Estadio Nacional de Brasilia (Stadium Nasional Brazil).

Perlawanan Copa America 2019 dilangsungkan dalam stadium kosong tanpa kehadiran penonton sebagai langkah pencegahan wabak yang melanda ketika ini.

Brazil ternyata garang dalam misi mempertahankan kejuaraan apabil menyerang sejak awal permainan lagi dengan percubaan demi percubaan.

Pemain pertahanan Paris Saint Germain, Marquinhos membuka tirai jaringan yang agak jahat pada minit ke-23 yang berpunca daripada sepakan penjuru.

Pemain penyerang Everton, Richarlison berjaya menjaringkan gol namun dibatalkan kerana offside dan Neymar pula terlepas peluang dari jarak dekat.

Brazil meneruskan penguasaan dan mendominasi permainan namun Brazil setakat berbahaya sahaja namun tidak berbisa apabila gagal mencari gol kedua.

Pada minti ke-64 barulah Brazil berjaya menggandakan kedudukan melalui sepakan penalti yang disudahkan dengan penuh bergaya oleh Neymar.

Pemain Venezuela, Yohan Cumana telah mengasari dan menjatuhkan Danilo yang liar nak mati di dalam kotak dan pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti.

Jaringan penalti ini merupakan gol yang ke-67 Neymar diperingkat antarabangsa dan sudah tentunya bersama pasukan samba, Brazil dalam 105 perlawanan.

Neymar kini hanya dipisahkan 10 gol untuk menyamakan rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman Brazil yang dipegang pemain legenda Pele dengan 77 gol.

Rekod yang dipegang Pele setelah sekian lama ini nampaknya akan melebur dalam tempoh setahun dua ini. Meroyan lagi la.

Gabriel Barbosa telah melengkapkan kemenangan penuh bergaya Brazil di perlawanan pembukaan dengan gol ketiga pada minit ke-89 dengan menjaringkan gol menggunakan dada.

Penjaga gol Venezuela, Joel Graterol telah melakukan kesilapan apabila keluar untuk mencabar Neymar diluar kotak dan ternyata mudah digelecek.

Neymar membawa bola rapat ke garisan gol sebelum menghantar bola kepada Gabriel Barbosa yang tidak dikawal dihadapan gol kosong.

Hantaran Neymar mudah ditolak masuk Gabriel Barbosa dengan menggunakan dada. Sedikit terlewat pemain pertahanan Venezuela tiba.

Malam yang cemerlang buat Neymar yang terus membantu Brazil mencapai kemenangan. Neymar telah mencipta 11 gol/assist dalam 5 perlawanan terakhir bersama Brazil.

Dalam perlawanan ini sahaja, Neymar terlibat dalam ketiga-tiga gol berserta 1 gol, 1 assist, 6 dribble dan 8 peluang telah dicipta.

Brazil starting XI: Alisson; Danilo, Eder Militao, Marquinhos, Sandro; Paqueta, Casemiro, Fred; Richarlison, Gabriel, Neymar.

Venezuela starting XI: Graterol; González, González, Ferraresi, Chancellor, Villanueva, Rosales; Savarino, Moreno, Rincón, Otero; Martínez.

BACA:  Jurulatih Mexico: Kelakuan Neymar Memalukan Bola Sepak