Gol Minit Akhir Ghana dibatalkan dan Bantahan dibuat Kepada FIFA

Ghana FA telah membuat satu bantahan kepada FIFA ke atas pengadil Daniel Bennett serta pembantunya Eldrick Adelaide dan Steve Marie kerana membatalkan gol minit akhir perlawanan ketika Ghana menentang Uganda.

Selepas perlawanan tamat di Mandela National Stadium, Ghana FA terus membuat bantahan kepada FIFA. Pengadil tersebut dan pembantunya telah membatalkan gol pada minit ke-93 di mana ulang tayang di TV menunjukkan itu adalah satu gol yang sempurna.

Daniel Bennett tang merupakan pengadil perlawanan telah menafikan penalti buat Ghana pada awal separuh masa kedua selepas pemain tengah Ghana, Frank Acheampong dijatuhkan.

Sebab gol tersebut dibatalkan adalah misteri ada laporan mengatakan kerana offside dan lebih menarik lagi ada wartawan melaporkan gol itu dibatalkan kerana masa telah tamat.

Dengan pembatalan gol saat akhir tersebut Ghana sekadar seri dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan semakin tipis peluang mereka untuk mara dengan Mesir mendahului kumpulan E dengan perbezaan 3 mata.

Perlawanan terakhir Ghana bakal bertemu Mesir.

Sumber : Ghana FA

Baca Juga

Baca Juga