Gol Rembatan Padu Api Syurga Meragut Lalang Baddrol Bakhtiar

Baddrol Bakhtiar telah menjaringkan gol melalui rembatan padu seperti Ji Fat melancarkan jurus Hikmat Alam Semesta, Api Syurga Meragut Lalang ketika menentang Sri Pahang.

Sudah agak lama bola sepak Malaysia tidak menyaksikan gol sebegitu padu dari pemain tengah Kedah Darul Aman FC itu. Baddrol Bakhtiar yang kini sudah berusia 33 tahun.

Dalam perlawanan menentang Sri Pahang ini juga dapat dilihat aksi dan permainan terbaik yang ditunjukkan Baddrol Bakhtiar selepas 6 perlawanan Liga Super 2021.

Baddrol Bakhtiar membuka tirai jaringan perlawanan antara Kedah Darul Aman FC menentang Sri Pahang pada minit ke-37 selepas Sri Pahang beraksi dengan 10 pemain.

Rabih Ataya menerima bola dari tengah padang telah melakukan satu larian solo di bahagian kanan padang sebelum membuat ke tengah kotak.

Tchetche Kipre telah terlajak ke depan untuk menerima hantaran dan membuat satu jolokan kepada Baddrol Bakhtiar yang datang dari belakang dan tidak dikawal.

Terus satu rembatan kaki kiri yang padu dilepaskan oleh ketua pasukan Kedah yang terlalu deras untuk diselamatkan oleh penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan.

Bola meledak masuk disebelah kiri gawang sebelum terkulai layu dan mengembalikan nostalgia akan kehebatan Baddrol Bakhtiar di puncak kerjaya.

Baddrol Bakhtiar sejak awal musim 2021 ini telah dikritik hebat kerana mempamerkan prestasi yang tidak meyakinkan dan sering hilang di padang lalu gagal menyumbang.

Ada yang berpendapat, ketua pasukan Kedah Darul Aman FC itu terlalu selesa, bermain biasa-biasa power atau teruk tetap diturunkan, ini yang menyebabkan prestasinya menurun.

Dalam perlawanan menentang Sri Pahang ini, Baddrol Bakhtiar mempamerkan aksi terbaik dan menjadi nadi pasukan malahan telah menjaringkan dua gol.

Prestasi tidak konsisten sudah menjadi satu perkara biasa bagi pemain yang beraksi di Liga Malaysia yang boleh menjadi sehebat Superman dan tiba-tiba menjadi ikan.

Baddrol Bakhtiar lahir pada 1 januari 1988 di negeri Sarawak, kedua-dua ibu bapanya berasal dari Negeri Sembilan.

Bapanya seorang tentera yang pernah berkhidmat di Sarawak dan perkhidmatan terakhir di Sungai Petani yang menjadi untuk menjadi tempat menetap.

Baddrol Bakhtiar mula mewakili Kedah di kejohanan Piala Presiden sebelum mendapat tempat dalam skuad Sukan Malaysia (SUKMA) Kedah pada tahun 2006.

Pada musim 2006/07 Baddrol Bakhtiar di serapkan ke skuad utama dan hanya memerlukan satu musim untuk menjadi pemain utama.

Pada musim 2007/08 Malaysia menyaksikan seorang bintang bola sepak yang bernama Baddrol Bakhtiar mula menyinar dan menjadi pemain bintang seperti hari ini.

Baddrol Bakhtiar mula menyertai skuad Malaysia untuk skuad bawah 20 tahun pada tahun 2005 untuk kelayakan kejohanan Belia Asi dan layak ke Banglore pada tahun 2006.

Pada tahun 2008, Baddrol Bakhtiar dan Mohd Bunyamin Omar telah menjalani latihan selama dua minggu bersama Chelsea di Stamford Bridge.

Pada 2011, Badrol Bakhtiar menjadi ketua pasukan Malaysia bawah 23 tahun, Harimau Muda yang berjaya membawa pulang pingat emas sukan SEA 2011.

Baddrol Bakhtiar menjadi wira apabila menjaringkan gol dipenentuan sepakan penalti.

Kedah 3-1 Sri Pahang

Saingan liga Malaysia kembali bersambung selepas berhenti rehat untuk perlawanan antarabangsa walaupun tiada pun perlawanan diadakan dan sekadar kem latihan pusat pasukan kebangsaan.

Hari jumaat penuh barakah dimulakan dengan dengan beberapa perlawanan liga Perdana pada sebelah siang dan saingan Liga Super pula menjadi penghibur di malam hari.

Kedah Darul Aman FC turun untuk perlawanan keenam menentang pasukan dari Pantai Timur yang sedang bergolak dengan prestasi, Sri Pahang.

Namun perlawanan antara Kedah Darul Aman dan Sri Pahang ini masih diadakan tanpa penonton kerana hanya dua perlawanan dibenarkan dengan kehadiran penonton.

Perlawanan antara JDT vs Melaka United dan perlawanan antara Kuala Lumpur City vs Sabah bakal menjadi projek perintis perlawanan dengan penyokong.

Projek perintis diadakan bagi menguji keberkesanan SOP yang telah ditetapkan dan melihat tahap kepatuhan penonton kepada SOP ditetapkan

Sri Pahang memulakan perlawanan dengan tidak begitu baik apabila terpaksa bermain 10 orang selepas Herold Goulon dilayangkan kad merah pada minit ke-17.

Herald Goulon telah menarik Kpah Sherman yang berjaya lolos dan keran Goulon pemain terakhir kad merah dilayangkan. Kad kuning pun ok je.

Namun Sri Pahang mampu bertahan selama 20 minit sebelum Baddrol Bakhtiar membuka tirai jaringan melalui satu rembatan kaki kiri yang cantik.

Muhd Nur Izzat Che Awang berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama dengan penyudah tenang hasil hantara lolos padu Nur Azam Azih.

Kpah Sherman kembali meletakkan Kedah Darul Aman FC kurang seminit selepas separuh masa kedua bersambung melalui sepakan penalti selepas dikasari Faisal Rosli.

Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga perlawanan dengan satu tandukan pada minit ke-71.

Kemenangan ini melonjakkan Kedah ketangga kedua liga dengan 13 mata kurang satu mata dibelakang JDT yang menewaskan Melaka United 3-0.

Sri Pahang kini berada di zon penyingkiran ditangg ke-11 dengan 4 mata.

BACA:  Baddrol Bakhtiar Pamer Aksi Midfield Berkelas Dunia Bantu Malaysia Benam Laos