Gol Ronaldo Dibatalkan dan Bagaimana Ronaldo Boleh Terlepas Peluang Ini?

Gol Cristiano Ronaldo telah dibatalkan dalam perlawanan menentang Luxembourg dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 yang menyaksikan Portugal menang 3-1.

Cristiano Ronaldo beberapa saat sebelum itu telah terlepas peluang terbuka ketika hanya berhadapan dengan penjaga gol Luxembourg, Anthony Moris dalam situasi 1 vs 1.

Pemain berusia 36 tahun itu gagal memanfaatkan peluang apabila pemain Luxembourg entah telah dirasuk menda tak tahu telah membuat hantaran ke belakang.

Ronaldo yang ketika itu baru sahaja hendak turun semula ke bawah telah mendapat bola dan peluang yang ibarat bulan jatuh ke riba.

Ketika hanya berhadapan dengan penjaga gol di mana pemain pertahanan Luxembourg sedaya upaya untuk turun membantu Ronaldo gagal menjaringkan gol.

Penjaga gol Luxembourg, Anthony Moris yang telah keluar dari kawasan gol sempat membuat hadangan dan bola muntah kembali ke kaki Ronaldo.

Sekali lagi Ronaldo dikecewakan Anthony Moris kali menyelamatkan bola dengan menggunakan kaki dan bola lantunan itu menuju ke kaki pemain Portugal.

Percubaan terus dilakukan sekali lagi Anthony Moris keluar dan bola terbiasa dan bola tiba ke kaki Ronaldo lagi dan satu tolakan mudah dilakukan.

Namun penjaga garisan telah mengangkat bendera tanpa offside dan jaringan Ronaldo dibatalkan. Tiada protes ada sesiapa merajuk.

Ronaldo offside kerana penjaga gol telah keluar dan pemain pemain kedua dari belakang menjadi pemain pertahanan terakhir.

Untuk Rekod 10 jaringan daripada 14 gol terakhir gol antarabangsa Ronaldo dijaringkan ketika menentang Lithuania dan Luxembourg.

Ronaldo telah menjaringkan satu gol dalam perlawanan ini dan menamatkan kemarau gol selama 415 minit bersama Portugal.

Dan ini merupakan kemarau gol terpanjang Ronaldo bersama Portugal sejak jun 2019. Dalam lima perlawanan je pun tak score.

Kelayakan Piala Dunia: Luxembourg 1-3 Portugal

Portugal meneruskan saingan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dengan mencatatkan kemenangan ke atas Luxembourg 3-1 selepas peristiwa gol minit akhir tidak dikira yang mencetuskan kontroversi.

bertubi-tubi juga serangan daripada Portugal seawal wisel permulaan dititup oleh pengadil namun gol tidak kunjung tiba.

Luxembourg terlebih dahulu mengejutkan Portugal dengan gol pendahuluan selepas 30 minit permainan berlangsung melalui jaringan Gerson Rodrigues dengan satu sundulan terbang.

Portugal yang dibarisi pemain bintang tidak panik apabila menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama melalui Diogo Jota juga melalui tandukan.

Bersambung permainan, Portugal tidak menoleh lagi dan tidak memberi peluang kepada Lexembourg.

Pada minit ke-51 Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya menjaringkan gol dan kali ini gol disahkan oleh pengadil dan ini merupakan gol ke-103 dalam karier antarabangsanya.

Ronaldo berpeluang menjaringkan gol ke-104 apabila pemain Luxembourg membuat aksi kelakar yang bukan-bukan dengan satu hantaran ke belakang.

Dan ketika itu hanya Ronaldo berada dihadapan gawang Luxembourg dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol, Anthony Moris.

Ronaldo gagal menewaskan Anthony Moris dengan dua percubaan dan kemudian bola datang lagi dan mudah Ronaldo menolak masuk.

Gol itu dibatalkan kerana offside dan Ronaldo tidak mengamuk, marah-marah atau tantrum dipadang dengan gol dibatalkan itu.

Ronaldo offside kerana penjaga gol telah keluar dan pemain pemain kedua dari belakang menjadi pemain pertahanan terakhir.

Joao Palhinha melengkapkan permainan kebangkitan Portugal dengan gol ketiga ketika permainan berbaki 10 minit dengan satu tandukan juga.

Tiada gol yang mampu ditambah Luxembourg dan Maxime Chanot telah berjaya menambah kad kuning kedua lalu dibuang padang pada minit ke-87.

Portugal berada ditangga teratas kumpulan A selepas tiga perlawanan berkongsi 7 mata bersama Serbia ditangga kedua.

Luxembourg (4-1-4-1): Moris; Jans, Chanot, Gerson, Goncalves Pinto (Martins 65); Martins (Skenderovic 88), O. Thill (S. Thill 58), Barreiro Martins, V. Thill (Deville 58), Rodrigues; Sinani (Muratovic 88)

Subs not used: Bohnert, Dzogovic, Fox, Mahutoic, Rupil, Schon

Portugal (4-3-3): Lopes; Mendes, Dias, Fonte, Cancelo; B. Silva (Palhinha, 68), Sanches, Neves (Oliveira 89); Felix (P. Neto 41), Ronaldo, Jota (R.Silva 68)

Subs not used: Duarte, Jose Sa, Neto, A. Silva, Rafa, Soares

BACA:  Pengadil Dan VAR Bantu United Rompak Kemenangan Atalanta