Gol Sangat Genius Daripada Dele Alli

Dele dibeli Spurs dari kelab pecahan Wimbledon, Milton Keynes Don(MK Don) pada harga yang sangat-sangat berbaloi dan menjimatkan £5 juta (RM25 juta) pada tahun 2015 dan kini Dele merupakan tonggak utama di bahagian serangan pasukan tersebut.

Gandingannya bersama Harry Kane dan Son Heung Min membawa Spurs menjadi kekal menjadi pasukan 6 teratas dan menjadikan Spurs antara kilang utama melahirkan pemain untuk pasukan England.

Namun tahun 2019 menyaksikan Dele Alli selalu hilang daripada radar ketika beraksi bersama Spurs walaupun telah dilanjutkan kontrak kekal sehingga 2024.

Alli terlepas permulaan musim kerana kecederaan hamstring dan bergelut dengan prestasi sejak kembali bermain pada 1 September 2019 sehinggalah Mauricio Pochettino dipecat.

Jose Mourinho telah menghidupkan kembali Dele Alli sejak mengambil alih Tottenham Hotspur daripada Mauricio Pachettino, kini selepas 4 perlawanan Alli telah menjaringkan 4 gol dan 1 assist.

Gol penyamaan ketika menentang Manchester United merupakan satu gol yang sangat genius dan bijaksana sini dan merata-merata bijaknya disusuli dengan rembatan padu.

Percubaan Aurier berjaya dihadang David De Gea dengan kakinya dan bola melantun tinggi, Dele Alli menunggu bola jatuh dan mengait bola itu dengan indah sekali.

Dua pemain Manchester United hanya mampu melihat Alli mengait dan melepaskan satu rembatan deras menewaskan David De Gea pada minit ke-39.

Selepas dirujuk VAR gol dibenarkan dan tiada kecurangan dari Alli ketika menjaring. Makin menjadi-jadi Alli sejak Mourinho hadir dalam hidupnya.

Baca Juga

Baca Juga