Gol Scorpion Kick Valentino Lazaro Calon Pemenang Puskas

Gol scorpion kick daripada pemain Borussia Monchengladbach, Valentino Lazaro ketika menentang Bayer Leverkusen telah dicanang-canang sebagai calon pemenang Puskas.

Aksi gol kala jengking yang telah mencetuskan fenomena itu juga telah diangkat sebagai gol terbaik Bundesliga setakat ini dan boleh menjadi terbaik untuk musim ini.

Hantaran silang daripada Patrick Herrmann boleh dikatakan agak buruk dan tidak sampai kepada rakan apabila sampai agak jauh dibelakang Valentino Lazaro.

Tanpa diduga telah terhasil satu kesempurnaan daripada kecacatan hantaran Herrman apabila Lazaro mengeluarkan dan mengangkat sengat kala jengkinya.

Sudah tentu tiada apa yang mampu dilakukan oleh penjaga gol Bayer Leverkusen, Lukas Hradecky dan hanya mampu menikmati keindahan gol yang tidak terduga itu.

Sangat luar biasa, sensasi dan fenomena gol pada penghujung perlawanan itu walaupun Borussia Monchengladbach tewas 4-3 kepada Bayer Leverkusen.

Perlawanan yang disajikan dengan pesta gol sebanyak 7 biji ini menyaksikan 4 gol terhasil selepas 45 minit pertama.

Lars Stindl dua kali meletakkan Borussia Monchengladbach dihadapan sebelum Lucas Alario tampil dengan dua gol untuk memadamkan kelebihan gol.

Separuh masa kedua menyaksikan kebangkitan Bayer Leverkusen yang menambah lagi dua gol melalui Leon Bailey dan Julian Baumgartlinger.

Valentino Lazaro masuk selaku pemain gantian mencuri perhatian dan mendapat lampu tinggi apabila menjaringak gol ketiga pada minit ke-90+4.

Syarat Sah Pencalonan Anugerah Puskas

Anugerah yang dalam bahasa penjajah adalah FIFA Puskas Award. Nama Puskas itu diambil bersempena nama pemain legenda Real Madrid, Ferenc Puskas. Ingat Puskas terus terbayang gol Faiz Subri.

Menurut jumhur umara’ dari FIFA, mereka telah bersepakat bahawa terdapat empat rukun yang perlu dipenuhi untuk memenuhi syarat sah pencalonan.

1- Gol dijaringkan mestilah cantik.

Cantik itu subjektif. Antara gol yang boleh dikira sebagai cantik seperti gol jarak jauh, gol berpasukan, gol sepakan gunting, gol individu yang menggelecek 11 orang pemain lawan, gol guna hidung atau apa sahaja yang dikira sebagai cantik.

Nak tahu cantik tu macam mana, tepuk dada, tanya iman.

2- Gol mestilah dikira tanpa mengira kejohanan, jantina penjaring atau kewarganegaraan.

Gol yang dijaringkan perlu dimainkan di kejuaraan yang dianjurkan oleh FIFA atau badan bersekutunya. Jadi, kalau kau main liga Setia Alam atau liga Alumni kau jaringkan gol cantik macam mana sekalipun, kau tetap tak akan dicalonkan ke anugerah Puskas.

Jadi berhentilah mencuba.

3- Gol mestilah bukan bernasib baik, hasil kesilapan, bola tertampan atau pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.

Dengan kata lain, gol mestilah hasil kerja yang dirancang. Kalau pemain yang menjaringkan gol tersebut berada dalam keadaan ofsaid, meskipun gol tersebut dikira dalam perlawanan, ia tetap tidak sah untuk dibawa ke anugerah Puskas.

4- Gol mestilah mengikut lunas-lunas fair play.

Maksudnya di sini pemain yang menjaringkan gol atau terlibat dalam jaringan mestilah berperangai elok. Contohnya kau jaringkan gol dalam Liga Super di stadium Darul Makmur.

Selepas jaringan cantik sepakan gunting dari tengah padang, kau celebrate sambil berbogel, maka gol ini tidak akan dibawa ke tengah. Kalau kau balut dulu sebelum bermain dan disahkan positif, maka gol tersebut juga tidak akan dipandang mulia.

Baca Juga

Baca Juga