Gol Solo Son Heung Min Pemenang Anugerah FIFA Puskas 2020

Pemain Tottenham Hotspurs, Son Heung Min telah dipilih sebagai pemenang Anugerah FIFA Puskas 2020 melalui gol solo beliau yang sangat padu ketika menentang Burnley pada 7 disember 2019.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu telah melakukan larian solo dari kawasan sendiri dan membelah padang sehingga ke kotak penalti lawan sebelum melepaskan satu rembatan padu.

Jaringan tersebut sebelum ini turut dinobatkan sebagai Gol Terbaik Premier League 2019/20.

Dalam temuramahnya Son Heung Min menyalahkan rakan sepasukannya kerana tidak memberi bantuan yang diperlukan ketika itu dan memaksa beliau melakukan larian solo.

Selepas perlawanan Son melihat kembali jaringan itu dan menyedari gol itu sangat istimewa.

Gol yang berpunca dari serangan balas pantas secara sola membuatkan Son bangga terutama sekali secara kebetulan ibu dan bapanya turut berada di dalam stadium pada hari kejadian.

“Bertuah sekali saya dapat menjaringkan gol di tempat sendiri yang penuh dengan penyokong, dan ibu bapa saya pun turut berada di sana. Jadi ini sangat sukar dipercayai.”

“Menjaringkan gol ini membuatkan saya benar benar bangga dan gembira.”

Jose Mourinho, jurulatih dari Portugal telah menyamakan gol solo Son ketika membantu Tottenham Hotspur menang 5-0 ke atas Burnley dengan gol yang pernah dijaringkan oleh Ronaldo.

Inilah calon-calon yang ditewaskan oleh Son Heung Min.

2. Luis Suarez – Barcelona vs Mallorca

Gol yang tidak masuk akal dan penuh berseni daripada Luis Suarez ini telah dijaringkan pada 7 Disember 2019 di La Liga ketika perlawanan Barcelona menentang Mallorca.

Luis Suarez sendiri telah menanggap gol back heel beliau yang sangat nakal lagi jahat ini sebagai gol tercantik dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.

Gol ini terhasil daripada permainan penuh berseni daripada pemain Barcelona yang bertukar berjuta hantaran sebelum membuat hantaran akhir kepada Suarez.

Suarez juga mengakui bahawa dia tiada pilihan lain ketika itu kerana hampir semua sudut telah ditutup maka menumit dengan satu gelembungan cantik pilihan akhir.

Pilihan terakhir telah menjadi karya agung dalam karier Suarez.

3. Giorgian De Arrascaeta – Ceara SC vs CR Flamengo

Giorgian De Arrascaeta pemain Flamengo yang berasal dari Uruguay telah menjaringkan gol cantik ketika menentan Ceara SC di liga Brazil, Brasileirao telah menambat hati pengundi dan panel pakar bola sepak.

Menerima hantaran silang yang sedikit jauh dari kanan Giorgian De Arrascaeta telah melakukan aksi akrobatik dan melibas bola menewaskan penjaga gol Ceara SC.

Senarai Penuh 11 Pencalonan akhir

Berikut adalah 11 pencalonan akhir sebelum disaring kepada 3 calon terakhir untuk memenangi anugerah yang pernah dimenangi oleh Faiz Subri pada 2016 itu.

1. Shirley Cruz (Costa Rica) – Costa Rica vs Panama [Kelayakan Olimpik Wanita Concacaf] (28 Januari 2020)

2. Giorgian De Arrascaeta (Uruguay) – Ceara SC lwn CR Flamengo [Brasileirao] (25 Ogos 2019)

3. Jordan Flores (England) – Shamrock Rovers FC lwn Dundalk FC [Liga Ireland] (28 Februari 2020)

4. André-Pierre Gignac (Perancis) – UANL Tigres vs Pumas UNAM [Liga Mexico] (1 Mac 2020)

5. Sophie Ingle (Wales) – Arsenal WFC vs Chelsea FC Wanita [Liga Super Wanita FA] (19 Januari 2020)

6. Zlatko Junuzovic (Austria) – SK Rapid Wien lwn FC Red Bull Salzburg [Bundesliga Austria] (24 Jun 2020)

7. Hlompho Kekana (Afrika Selatan) – Mamelodi Sundowns FC vs Cape Town City FC [Liga Bola Sepak Premier Afrika Selatan] (20 Ogos 2019)

8. Son Heung-min (Korea Selatan) – Tottenham Hotspur FC vs Burnley FC [Liga Perdana] (7 Disember 2019)

9. Leonel Quinonez (Ecuador) – Universidad Católica vs CSD Macara [Serie A Ecuador] (19 Ogos 2019)

10. Luis Suarez (Uruguay) – FC Barcelona vs RCD Mallorca [La Liga] (7 Disember 2019)

11. Caroline Weir (Scotland) – Manchester City WFC vs Manchester United WFC [FA Women’s Super League] (7 September 2019).

Proses Pemilihan Pemenang PUSKAS

Berikut merupakan proses pemilihan sehingga senarai akhir dikeluar dan sehingga pemenang tunggal di jumpai iaitu Son Heung Min

1. Sebanyak 11 jaringan padu telah disenarai pendek dan dicalonkan untuk anugerah FIFA Puskas untuk memberi pengiktirafan kepada gol terbaik tahunan dan calon-calon anugerah ini telah dikumpulkan oleh panel pakar bola sepak.

2. Undian peminat daripada di FIFA.com akan membawa kepada 3 calon terakhir di mana undian peminatdi FIFA.com akan mewakili 50 peratus markah dan 50 peratus lagi markah lagi datang dari penilaian panel pakar bola sepak.

3. Pemenang tunggal yang sudah menjalani beberapa peringkat saringan akan diumumkan pada majlis The Best FIFA Football Awards 2020 yang akan berlangsung di Zurich pada hari Khamis 17 Disember.

BACA:  Robert Lewandowski Akhirnya Dinobatkan Pemain Terbaik Dunia