Pasukan Rayong FC adalah sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di negeri Rayong Thailand. Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan bermain di liga bawahan Thailand.
Ada perbezaan antara Rayong FC dengan PTT Rayong FC. Pasukan PTT juga sebuah pasukan bola Sepak dari kawasan Rayong cuma mereka ditaja oleh syarikat minyak yang kaya manakala Rayong FC hanya pasukan negeri yang biasa sahaja.
Rayong FC berjaya menduduki tempat ke tiga dalam saingan Liga Dua Thailand musim lalu.
Dan kerana kejayaan mereka itu, pasukan Rayong FC telah dinaikkan untuk bermain di Liga satu Negara Thailand.
Sebagai pendatang baru dalam Liga utama Thailand, Rayong FC telah mempersiapkan pasukan mereka sebaik mungkin untuk menghadapi liga yang paling mencabar di Thailand itu.
Antara persiapan terawal yang dilakukan oleh mereka adalah, Rayong FC telah Menandatangani seorang penjaga gol import dari Laos untuk memperkukuhkan kekuatan barisan bawah pasukan mereka.
Outthilath Nammakhoth adalah seorang pemain bola sepak profesional dan juga merupakan penjaga gol untuk pasukan kebangsaan Laos. Rayong membawa masuk penjaga gol itu menggunakan kuata pemain import asia yang mereka miliki.
Outthilath Nammakhoth telah menunjukkan aksi cemerlang dan mantap beliau ketika beraksi bersama pasukan Laos dan kelab lama beliau Toyota FC.
Penjaga gol berusia 23 tahun itu dibawa masuk untuk memperkuat pasukan Rayong bagi menghadapi Liga utama di Thailand.
Beberapa bulan lalu beliau telah turun sebagai penjaga gol utama pasukan Rayong FC untuk menentang pasukan Muangthong untuk perlawanan ke tiga Liga.
KICKOFF!! Rayong FC vs. SCG Muangthong United. #MTUTD pic.twitter.com/snBdQJfsTJ
— Muangthong United FC (@MuangthongUtd) February 26, 2020
Perlawanan yang berlangsung di Rayong Stadium itu berkesudahan dengan keputusan kemenangan berpihak kepada Muangthong dengan jaring 3-0.
Apa yang menarik dalam perlawanan ini adalah ketiga-tiga jaringan itu terhasil kerana kesilapan penjaga gol import mereka.
Para penonton mengecam penjaga gol loas itu dengan mengatakan penjaga gol itu sedang dibawah pengaruh alkohol ketika bermain.
FULLTIME – Rayong FC 0-3 SCG Muangthong United. #MTUTD pic.twitter.com/NT3EgOxIWo
— Muangthong United FC (@MuangthongUtd) February 26, 2020
Gol pertama Muangthong melalui satu sepakan percuma yang sepatutnya boleh ditangkap kemas oleh Nammakhoth namun hanya mampu melompat dan melepaskan bola itu masuk ke gawang gol nya.
Gol kedua pula beliau telah melepaskan bola tandukan lemah selemah lemahnya dari pemain Muangthong. Beliau sekali lagi membuat aksi lucu menghibur penonton dengan memuntahkan bola yang sudah di tangannya untuk Muangthong menjaringkan gol ketiga pasukan mereka.
Para peminat kecewa dengan aksi hambar penjaga gol profesional dari Laos itu. Beliau melepaskan tiga gol yang sangat mencurigakan.