Mario Gotze telah mendedahkan bagaimana PSV Eindhoven berjaya memperbodoh-bodohkan penyokong Copenhagen menjelang aksi pertembungan dalam saingan Europa Conference League semalam.
Ketika aksi leg pertama, kedua-dua pasukan telah terikat 4-4 di Eindhoven dengan mereka dalam perlawanan itu mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Aksi leg kedua jelas sekali jadi penentu untuk menentukan pasukan mana yang paling berhak untuk layak ke peringkat suku akhir kejohanan.
FC Copenhagen fans play checkers ▪️
PSV Eindhoven play chess ♟️Mario Gotze and his team outsmarted The Lions fans by placing the team bus at another hotel ahead of their UECL matchup 🤣
Tied 4-4 on aggregate. PSV win 4-0 and progress into the quarter-finals 😎#OptusSport pic.twitter.com/JVuaul6CyN
— Optus Sport (@OptusSport) March 19, 2022
Sudah menjadi lumrah dalam dunia bola sepak, para penyokong akan sedaya upaya berusaha membantu kelab kesayangan mereka untuk mencatatkan kemenangan.
Penyokong Copenhagen merancang untuk mengganggu tidur para pemain PSV dengan mereka membakar bunga api di hadapan hotel kediaman pemain.
Mereka lakukan hal itu dalam usaha untuk memastikan pemain PSV tak cukup tidur dan berharap agar hal itu akan menjejaskan persembahan mereka pada keesokan harinya.
Walau bagaimanapun, pihak pengurusan PSV bijak merancang helah yang dasyat bagi mengelakkan dari para pemain mereka terganggu dengan hal-hal tersebut.
Mereka memperbodoh-bodohkan penyokong Liverpool dengan meletakkan bas kelab di hadapan hotel yang berbeza dengan hotel yang didiami oleh para pemain.
FC Copenhagen fans set off fireworks to try and disturb PSV players sleep ahead of their Europa League match, but got the hotel wrong
PSV went on to win 4-0 the following day
Gotze had this to say about it:
“We placed the bus at the wrong hotel on purpose, I slept very well” 😂 pic.twitter.com/ukVOCLjHGe— The Football Arena (@thefootyarena) March 19, 2022
Pemain penyerang, Gotze tampil mendedahkan hal tersebut dengan beliau menyatakan bahawa pihak pengurusan sememangnya sedar akan hal tersebut dan sudah merancang dari awal untuk mengelak dari ia berlaku.
Seorang wartawan bertanya:
“Adakah kamu jangka akan ada bunga api di hotel?”
Bekas bintang Bayern Munich itu kemudiannya menjawab:
“Saya tak fikir begitu, saya tak tahu.”
'We placed the bus at another hotel' 🤣#FCKPSV #UECL
— PSV (@PSV) March 17, 2022
Namun ketika menekankan tentang hal tersebut, beliau kemudiannya menyatakan bahawa:
“Ya, kami meletakkan bas di hotel berbeza adalah kerana kami sengaja.”
Jelas Gotze.
“Tidur saya sangat nyenyak.”
Mario Gotze on the Copenhagen fans setting off fireworks: "Yeah, we placed the bus at the other hotel, so it was on purpose. I slept well."
— Bolarinwa Olajide (@iambolar) March 18, 2022
FC Copenhagen fans set off fireworks to try and disturb PSV players sleep ahead of their Europa League match, but got the hotel wrong.
PSV went on to win 4-0 the following day 😂 pic.twitter.com/aiih4lWugn
— ESPN FC (@ESPNFC) March 18, 2022
Peminat di media sosial tertarik dengan pendedahan dari Gotze dengan rata-rata dari mereka menganggap tindakan pasukan pelawat itu harus dijadikan ikutan.
“Saya tak rasa pasukan lain ada fikirkan hal macam ini, penyokong lawan rugi besar membakar bunga api di hotel yang salah dan tentunya pengunjung hotel tersebut akan turut sama beremosi.”
“Lepas ni penyokong pasukan tuan rumah kena berpakat dengan pekerja hotel pula, pastikan hotel yang betul baru bakar bunga api, kalau tidak ia sekadar merugikan.”
“Usaha yang membuahkan hasil, bukan hanya dapat tidur yang cukup, malah mereka tersenyum riang mencatat kemenangan selesa.”
“Pihak pengurusan PSV harus diberikan pujian kerana sangat teliti dan sempat memikirkan hal seperti itu. Tahniah.”
Dengan tidur yang nyenyak dan bunga api dibakar di hotel yang salah, PSV berjaya mencatatkan kemenangan selesa 4-0, seterusnya layak dengan keputusan 8-4 secara aggregate.
FC Copenhagen fans were setting off fireworks outside the PSV hotel the night before their Conference League game.
But they were at the wrong hotel & lost 4-0. Mario Gotze scored & got an assist;
"We placed the bus at the wrong hotel on purpose, I slept very well." 🤣 pic.twitter.com/M4yLs5OKSC
— GiveMeSport (@GiveMeSport) March 18, 2022
Mario Gotze berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan ini, sementara Eran Zahavi pula berjaya meledak dua gol dengan bintang muda England, Noni Madueke turut mencatat nama sebagai penjaring gol keempat PSV.
Kelab dari Belanda itu selepas ini akan turun beraksi bertemu Leicester City di peringkat suku akhir, dengan aksi leg pertama akan dilangsungkan pada 8/7 April, dengan aksi leg kedua pula pada 14 April.
Leicester City tewas 2-1 dalam aksi leg kedua yang dilangsungkan di Rennes semalam, namun mereka layak ke peringkat suku akhir menerusi keputusan aggregate 3-2.
Leicester City jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, dengan mereka sering mencatat keputusan tak konsisten sepanjang musim ini.
Brendan Rodgers jelas sekali sangat berharap agar anak-anak buahnya akan pamerkan aksi terbaik, seterusnya mara lebih jauh di kejohanan ini.
Sumber: SPORTbible