Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin bakal memulakan perumbaan di petak ke-16 selepas sesi ujian masa di Circuit of The Americas.
Hafizh yang juga digelar Pescao cemerlang dalam dua perlumbaan sebelum ini apabila berjaya memungut mata dalam kedua-dua perlumbaan.
Dalam saingan Moto3 Adam Norrodin akan bermula di petak ke-25 manakala dalam kategori moto2 Khairul Idham Pawi
dan Zulfahmi Khairuddin masing bakal bermula dari petak ke-25 dan ke-31.
Keputusan penuh sesi ujian masa MotoGP.
Marquez dikenakan penalti lagi
Marq Marquez terus membuat onar dan dikenakan penalti lagi dan terpaksa bermula dari petak ke-4 walaupun mencatatkan masa terpantas.
Marquez yang berada di pole position atau petak pertama telah dikenakan penalti 3 petak grid\ kerana menunggang dengan perlahan di laluan perlumbaan dan menganggu pelumba lain.