Graham Potter Mencarut Lihat Kai Havertz Hilang Akal Cuba Bermain Bola Baling

Pengurus Chelsea, Graham Potter nyata tidak keruan dan terus mencarut apabila melihat Kai Havertz cuba bermain bola baling dalam perlawanan Chelsea menentang Manchester City yang merupakan permainan bola sepak.

Aksi Graham Potter mencarut itu pula terakam ketika siaran langsung yang tidak percaya melihat tindakan tidak berakal dari Kai Havertz itu yang memilih untuk menumbuk keluar hantaran lintang Manchester City.

Selepas berjya menewaskan Chelsea pada khamis lalu disaingan Premier League, kini Manchester City pula melayan kunjungan The Blues di Stadium Etihad untuk perlawanan pusingan keempat Piala FA.

Riyah Mahrez membuka tirai jaringan pada minit ke-23 melalui satu sepakan percuma teramat cantik berkelas dunia menghantar bola ke penjuru atas sebelah kanan.

Tujuh minit kemudian, Manchester City telah mendapat bantuan yang bukan-bukan dari Kai Havertz yang hilang akal dengan menumbuk bola keluar ketika mencabar Aymeric Laporte di udara.

Pengadil gagal mengesan perbuatan Kai Havertz itu secara serta merta dan campur tangan Video Assistant Referee (VAR) telah mengesahkannya, mudah buat pengadil perlawanan, Robert Jones untuk membuat keputusan tanpa mengundang kontroversi.

Kesudahannya Manchester City mendapat sepakan penalti dan Julian Alvarez tenang menyempurnakan untuk menggandakan kedudukan walaupun Kepa Arrizabalaga cuba bermain permainan minda.

Graham Potter nyata tertekan dan telah melihat insiden itu melalui tablet yang terletak disebelah pembantunya, dengan sekilas pandang Graham Potter sudah dapat mengetahui aksi tidak masuk akal Kai Havertz itu.

Selepas melihat tablet itu dengan spontan Graham Potter mencarut โ€˜Paker me!โ€™ dan dari video yang terakam jelas dapat dilihat gerak mulut Potter mencarut.

Jelas sekali Graham Potter tidak dapat menerima dan tidak percaya dengan apa yang dilakukan Kai Havertz sehingga dia tidak mampu membantah keputusan pengadil memberikan sepakan penalti.

Paling rare dari insiden itu adalah apabila Robert Jones tidak melayangkan kad kuning kepada Kai Havertz yang jelas sengaja menggunakan tangan di dalam kotak penalti.

Entah apa yang bermain difikiran Kai Havertz ketika itu sehingga membuat aksi bukan-bukan yang telah mengundang akibat buruk untuk pasukan.

Phil Foden menambah gol ketiga untuk Manchester City sejurus sebelum separuh masa sebelum Mahrez menyempurnakan sepakan penalti kedua Citizen untuk melengkapkan persembahan yang dominan.

Graham Potter kini dalam tekanan besar apabila gagal membawa Chelsea ke tempat sepatutnya dengan aksi yang goyah dan tidak meyakinkan terutamanya selepas Piala Dunia.

Pep Guardiola selepas perlawanan telah meminta pemilik Chelsea, Todd Boehly supaya memberi masa kepada kepada Graham Potter untuk mengubah nasib Chelsea untuk kembali ke landasan sebenar.

Kai Havertz terus ditukar apabila separuh masa kedua bersambung di mana Denis Zakaria masuk sebagai pengganti. Tindakan Kai Havertz terus mengundang kutukan di media sosial.

Seorang pengguna menulis: โ€œHavertz guna tangan benda paling bodoh yang pernah saya lihat selama bertahun-tahun, mengapa melakukannya?โ€

Yang kedua berkata: โ€œWah! Kai Havertz guna tangan perkara paling bodoh tahun ini sepatutnya telah dihantar keluar lebih awal juga.โ€

Yang ketiga menambah: โ€œTangan yang tidak masuk akal dari Havertz, apa yang dia lakukan.โ€

Seorang lagi mengulas: โ€œKai Havertz ini bukan bola tampar wahai lelaki ku. Dia fikir dia Maradona nak pakai tangan macam tu.โ€

Yang kelima menyatakan: โ€œApa yang Havertz buat di sana? Memegang bola dengan tangan yang paling terang-terang yang pernah anda lihatโ€ฆ..โ€

BACA:ย  Lukaku Bertanggungjawab Membawa Havertz Ke Chelsea