Granit Xhaka Buat Hal Lagi

Bintang kad merah Arsenal, Granit Xhaka, mencetuskan kontroversi baru apabila dia didakwa menghamburkan caci maki berbaur perkauman kepada seorang petugas lapangan terbang di Heathrow, London.

Kejadian dikatakan berlaku apabila abang kepada tunangnya, Leonard Lekaj, yang bermain bola sepak di divisyen 6 Jerman, tidak dapat menaiki kapal terbang ke Jerman kerana tiba lambat. Akibat tidak puas hati dengan petugas lapangan terbang yang ada, Xhaka didakwa telah memarahi petugas tersebut dan berkata f*cking white bitch yang membawa maksud ‘menyetubuhi pelacur berkulit putih’.

Granit Xhaka dan tunangnya, Leonita Lekaj

Akibat daripada pertelingkahan tersebut, polis telah dipanggil ke Terminal 5, di mana kejadian ini berlaku. Xhaka, walaubagaimanapun, telah menhadirkan diri ke balai polis London untuk memberi keterangan.

Ketika dihubungi wartawan, Xhaka menafikan dia telah mencaci maki petugas lapangan terbang tersebut dengan kata-kata perkauman.

Xhaka tidak akan beraksi dalam perlawanan Arsenal yang berikutnya menentang Watford di Emirates, berikutan kad merahnya ketika menang 2-1 ke atas Burnley hujung minggu lalu.

Baca Juga

Baca Juga