Grealish, Maguire Dan Pep Terlibat Dalam Kekecohan Dalam Terowong

Jack Grealish, Harry Maguire dan Pep Guardiola dilaporkan telah terlibat dalam satu kekecohan yang tercetus dalam terowong selepas tamat perlawanan ketika masing-masing mahu ke bilik persalinan.

Penjaring gol pembukaan Manchester City yang masuk dari bangku simpanan, Jack Grealish dilaporkan sangat kecewa amat dengan kekalahan mereka ini dalam Manchester Derby.

Ia berlaku selepas Bruno Fernandes menjaringkan gol pembuka kontroversi yang sesetengah pihak berpendapat sepatutnya diketepikan, kerana Marcus Rashford berada dalam kedudukan ofsaid dan mungkin telah mengganggu permainan.

Manuel Akanji mengadu kepada pengadil dalam perbualan hangat bersama Kyle Walker dan Grealish selepas perlawanan, kerana mereka mempersoalkan mengapa dia tidak diminta untuk memeriksa monitor selepas gol kontroversi itu.

United memenangi perlawanan itu apabila Rashford menjaringkan gol kemenangan hanya empat minit kemudian, yang membolehkan Red Devils bergerak dalam jarak satu mata daripada pesaing tempatan mereka dalam carta Liga Perdana.

Pemain Manchester City, Jack Grealish terlibat dalam ‘perbincangan’ hangat bersama Pep Guardiola dan Harry Maguire di dalam terowong selepas kemenangan 2-1 Man United dalam perlawanan derby, Jan Aage Fjortoft melaporkan.

Bekas pemai bola sepak dan pengaraca serta pengulas, Jan Aage Fjortoft merupakan saksi mata tanpa sebarang rakaman kejadian itu telah menceritakan kembali situasi tegang itu.

Dia mendakwa Grealish, yang menjaringkan gol tunggal City dalam perlawanan itu. ‘sangat kecewa’ tetapi ‘tidak agresif’ sambil melepaskan kemarahannya di dalam terowong, manakala pengurus Citizens dan kapten United juga ‘bercakap sedikit’.

“Kita tahu ada sejarah besar di sekitar derby ini, selepas tewas 6-3, anda mesti faham bahawa Manchester United akan sangat gembira untuk mengubah permainan ini.”

Seperti kebanyakan penonton, Fjortoft tidak pasti tentang kesahihan gol Fernandes, sambil meneruskan:

“Gol pertama adalah kontroversi, perasaan saya adalah ia ofsaid, tetapi penjaga garisan berkata sebaliknya.”

Pertahanan City Akanji bertegas bahawa gol itu tidak sepatutnya disahkan, kerana dia berkata kepada bekas penyerang Norway itu selepas perlawanan:

“Rashford sedang mengejar bola sejauh 30 meter dalam kedudukan ofsaid. Saya rasa dia seperti dua tiga meter di hadapan saya.”

“Saya mendakwa ofsaid kerana saya melihat dia dalam kedudukan dan dia mengejar bola dengan jelas sehingga detik terakhir. Bagi saya ia adalah gangguan yang jelas.”

Akanji mensasarkan pegawai dalam permainan dan mempersoalkan sejauh mana mereka mengendalikan suasana Old Trafford, sambil menambah:

“Pengadil tidak berkata apa-apa kepada saya. Saya bercakap dengan penjaga garisan dan dia berkata ‘adakah Rashford menyentuh bola?’ Saya berkata ‘tidak, tetapi mengejarnya untuk masa yang sangat lama dan dia cuba memainkannya sehingga saat terakhir.”

“Bagi saya dalam situasi itu pengadil perlu sekurang-kurangnya melihatnya, tetapi mereka berkata ia tidak seperti ini, mungkin tekanan juga menimpanya, dan itulah sebabnya dia memutuskan untuk melepaskannya.”

Bagi United, kemenangan itu meletakkan mereka berada dalam enam mata di belakang pendahulu Arsenal menjelang derbi London Utara vs Spurs.

Jika Manchester United berjaya menewaskan Arsenal dalam pertemuan mereka dihujung bulan maka mereka boleh bercakap mengenai menjadi pencabar kejuaraan.

Pencabar kejuaraan je bukan pasukan bakal juara.

BACA:  Penyokong England Jatuh Cinta Dengan Impak Grealish Dan Saka Ketika Bertemu Czech Republic