Grealish Terlalu Hebat Untuk Dikaitkan Dengan United

Legenda Aston Villa Gabby Agbonlahor mendakwa Jack Grealish terlalu hebat untuk Manchester United, dan menggesa bintang Aston Villa itu menolak sebarang langkah yang berpotensi untuk sertai United.

Grealish telah menjadi tunjang utama Villa sejak kembali ke Liga Perdana Inggeris, beliau menjadi nadi penting dalam bahagian serangan Villa. Persembahan hebat yang dipamerkan oleh Grealish telah memikat banyak pasukan untuk mendapatkannya.

Setelah dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham dan Manchester United pada jendela perpindahan Januari lalu, khabar angin telah muncul semula sekali lagi bahawa pasukan Ole Gunnar Solskjaer akan kembali dengan tawaran hebat untuk pemain playmaker Villa itu pada musim panas nanti.

Walaupun kelihatan Grealish sesuai untuk bakat muda United yang baru, namun, bekas penyerang Villa, Agbonlahor berpendapat perpindahan ke United boleh memudaratkan kerjaya Grealish.

“Saya bukan sahaja mengatakan ini kerana saya pernah bermain dengannya, tapi saya fikir dia adalah pilihan terbaik di bahagian Attacking Midfield England pada masa ini.”

Kata Agbonlahor dalam temu bual bersama The Sun.

“Apabila orang mengaitkan Grealish dengan Manchester United,  sebenarnya dia boleh dikaitkan dengan pasukan lebih baik daripada itu. Dia boleh pergi ke mana-mana pasukan di dunia, termasuk Barcelona atau Juventus”.

Walaupun Grealish hanya bermain untuk pasukan Aston Villa yang kini diancam penyingkiran, Grealish adalah salah seorang pemain paling kreatif dan hebat dalam saingan Liga Perdana musim ini. Midfield Villa itu telah mencatatkan enam assist dan tujuh gol dari 25 Perlawanan Liga musim ini.

Sementara itu,Manchester United juga sedang menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam kedudukannya dalam Liga sekarang. bagaimanapun, Agbonlahor merasakan,masih ada kekurangan dari United untuk mendapatkan Grealish. Bakat besar seperti beliau harus beraksi di pentas Liga Juara-Juara namun United tidak mampu lagi untuk beraksi di pentas besar itu.

“Manchester United sekarang hanya bermain di Europa League, Grealish boleh pergi ke pasukan yang lebih baik di seluruh dunia, jadi dia tidak perlu mengehadkan dirinya hanya untuk United dan memberi tumpuan kepada pasukan yang bermain di Liga Juara-Juara.

“Perkara yang baik tentang Jack ialah dia boleh berlari dengan dan tanpa bola, bermain di kedudukan yang berbeza dan menjaringkan gol. Dia adalah jenis pemain yang peminat bola sepak akan sangat tertarik untuk menontonnya secara khusus, walaupun mereka bukan peminat Villa “.

Dakwaan bahawa Grealish boleh masuk ke mana-mana pasukan di dunia pasti akan mencetuskan banyak perdebatan di kalangan peminat Villa dan pasukan kebangsaan Inggeris.

Walaupun masih belum menjaringkan gol untuk pasukan senior antarabangsanya, Grealish adalah pemain tengah England yang paling produktif di Liga Perdana musim ini. kehebat beliau setanding bah kan lebih hebat dari Midfield England yang lain seperti James Maddison, Dele Alli, Jordan Henderson, dan Mason Mount.

Namun jika kita lihat kepada aksi United selepas kemasukkan Bruno Fernandes telah meningkat dengan begitu mendadak. Tidak mustahil untuk kita lihat United akan ada dalam kelompok empat teratas pada penghujung musim nanti.

Jadi United sudah pasti layak untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara musim hadapan. Tiada masalah untuk Jach Grealish mencuba nasib di sana. Jendelah perpindahan musim panas nanti pasti hangat dengan isu perpindahan pemain ini.

BACA:  Van Persie Mendedahkan Lima Pemain United Paling Dikagumi