Greenwood Sedia Ucap Selamat Tinggal Dan Merantau Ke China Demi Kelangsungan Karier

Mason Greenwood dilaporkan sudah mempunyai rancangan untuk perpindahan seterusnya jika Manchester United memutuskan untuk menamatkan kontraknya.

Greenwood yang berusia 21 tahun mempunyai tuduhan cubaan mer*gol, menyerang dan kawalan paksaan terhadapnya yang sudah pun digugurkan oleh Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota pada Khamis minggu ini.

Bagaimanapun, dia kini berada di bawah siasatan dalaman yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif United Richard Arnold ketika kelab sedang dalam pertimbangan untuk memutuskan masa depan penyerang itu.

Menurut laporan dari UK, situasi Greenwood telah membuatkan pegawai pegawai di Man United termasuk akak kantin berbagi pendapat tengan Greenwood.

Ada yang tidak mahu Greenwood kembali walaupun kesnya sudah digugurkan namun bukti video sebelum ini sudah jelas.

Ada pula yang berpegang kepada prinsip, dia telah dibuktikan tidak bersalah oleh mahkamah, maka dia berhak kembali.

Telah dilaporkan bahawa Greenwood pada satu ketika sudah tidak mahu bermain untuk United lagi selepas mereka menggantungnya kerana penahanannya pada Januari 2022.

Namun situasinya berubah kerana dia masih sayangkan kelab itu. Dia akhirnya lembut hati dan mahu terus berjuang di United apabila kesnya selesai.

Dan kini dia sudah pun bebas daripada segala pertuduhan. Malangnya dia tidak terus diserap masuk. Kerana United mengambil siasatan dalaman ke atas situasinya.

Dan jika United memutuskan untuk menamatkan kontraknya, Greenwod sedia untuk bermain di China yang dilaporkan, ada kelab menawarkan gaji lebih besar kepadanya.

Selain itu ejen pemain itu juga merasakan bahawa pemain itu menjangkakan dia akan diberikan layanan buruk di England setiap kali bermain.

Lihat sahaja Kurt Zouma yang merembat kucing, sampai ke hari ini peminat melayannya dengan teruk. Inikan pula kes Greenwood.

Sebelum pertembungan Liga Perdana United menentang Crystal Palace, pengurus Erik ten Hag enggan mengulas mengenai situasi itu.

Pengurs Belanda itu berkata semasa sidang akhbar pra-perlawanan pada hari Jumaat: “Tidak. tiada ada apa apa komen untuk itu. Saya tidak boleh menambah apa-apa. Saya merujuk kepada kenyataan kelab.”

Apabila wartawan menyoal Ten Hag sama ada dia telah bercakap dengan Greenwood, bos United itu menjawab: “Seperti yang saya katakan, saya tidak boleh memberi komen mengenai proses itu.”

“Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenainya, saya merujuk kepada kenyataan daripada kelab. Pada masa ini, saya tidak boleh menambah apa-apa.”

Hasil jaringan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford, United berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Palace pada petang Sabtu ketika mereka naik ke tangga ketiga dalam carta Liga Perdana

Nike dilaporkan telah menamatkan kontrak kerjasama dengan Mason Greenwood. Keputusan itu diambil selepas bintang itu tersabit dengan kes serangan seksual serta pukul perempuan.

Menurut laporan oleh The Athletic. Jurucakap Nike mendakwa bahawa penyerang Manchester United itu tidak akan lagi bekerjasama dengan mereka selepas dia ditangkap dalam kes serangan seksual dan ugutan bunuh terhadap teman wanitanya, Harriet Robson.

“Mason Greenwood bukan lagi atlet Nike,” kata jurucakap Nike dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Nike hanya menamatkan kontrak tajaan Greenwood atas tekanan ramai pihak. Ini kerana ramai pelanggan Nike juga merupakan kaum wanita.

Greenwood menjadi bualan ramai se;epas foto dan video Harriet Robson yang dipukul tular di media sosial. Tidak lama kemudian, Greenwood segera ditangkap dan ditahan oleh Polis Greater Manchester.

Selepas disiasat selama dua hari, kes Greenwood malah dinaikkan kepada serangan seksual dan ugutan bunuh. Ini selepas pemain berbangsa Inggeris itu juga dikatakan telah membuat ugutan bunuh terhadap teman wanitanya.

Greenwood kemudian dibebaskan atas jaminan polis selepas tiga hari dalam tahanan polis. Dan dia turut diminta membayar wang ikat jamin keselamatan.

Pada ketika itu, Manchester United, kelabnya, melarangnya daripada berlatih dan bermain sehingga kes dia diselesaikan dan dia perlu membuktikan dia tak bersalah. Jika tidak, maka Greenwood berisiko dibuang oleh Man United atas pembatalan kontrak tanpa sebarang pampasan.

Bukan itu sahaja, MU juga tidak lagi menjual barangan cendera mata Greenwood di kedai-kedai rasmi mereka. Malah, peminat dibenarkan menukar jersi Greenwood dengan jersi pemain lain secara percuma.

Kelab turut merasakan impak apabila beberapa penaja mereka termasuk DHL dan Cadbury juga dikatakan telah menggantung kerjasama dengan Mason Greenwood. Di mana mereka tidak mahu ada imej pemain itu muncul dalam iklan mereka buat masa ini.

Selain itu permainan video PES dan FIFA turut mengeluarkan kesemua pakej berkaitan Greenwood daripada permainan mereka buat masa ini.Inggeris.

BACA:  Rakaman Audio Greenwood Paksa Kekasih Untuk 'Berjimak'