Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann telah mendedahkan bahawa beliau tidak akan menandatangani kontrak dan menjadi pemain Arsenal selepas layanan yang beliau tterima dari kelab London Utara itu pada tahun 2013.
Pada tahun 2013, Griezmann menerima berita gembira apabila diberitahu bahawa pengurus Arsenal, Arsene Wenger berminat mendapatkan beliau dan ketika itu, pemain kebangsaan Perancis ini masih bersama Real Sociedad.
Berita ini disampaikan kepada Griezmann melalui peninjau bakat Arsenal, Giles Grimandi. Berita ini nyata suatu pengkhabaran yang dinanti-nanti Griezmann untuk menyertai kelab terkemuka.
Oleh kerana terlalu ghairah dengan khabar perpindahan dan bermain di bahawa pengurus Lagenda dari Perancis itu, Griezmann telah memaklumkan kepada ejennya untuk mengabaikan segala tawaran dari kelab lain.
Betapa besarnya harapan Griezmann ketika itu untuk ke Arsenal hingga sanggup ketepikan tawaran lain bagi membolehkan impian ke Arsenal menjadi kenyataan tanpa gangguan. Namun apa diharap tidak menjadi kenyataan.
Apa yang boleh diharapkan dari Arsenal yang lemah dan lembik?
Perkara ini didedahkan oleh Griezmann dalam dalam autobiografinya yang terbaru berjudul Behind the Smile.
“Aku tunggu, aku tunggu, tunggu punya tunggu punya tunggu dan aku tetap menunggu.”
“Kemudian tida khabar berita, Eric teleh menghubungi Grimandi dan Grimandi menyatakan Wenger masih berminat mendapatkan aku dan meyuruh aku terus menunggu.”
“Akhirnya, beberapa jam sebelum jendela perpindahan tutup, Grimandi memberitahu kami bahawa Arsenal tidak akan membuat sebarang tawaran.”
“Aku tidak suka dan pantang dijanjikan dengan sesuatu yang tidak akan ditunaikan.”
“Bila Eic beritahu bahawa kelab London tersebut kembali berminat mendapatkan aku, aku bagitau Eric, lupakan jela selepas apa mereka buat sebelum ni.”
Griezmann kemudian menyertai Atletico Madrid dan mengembangkan potensi yang ada pada dirinya dengan cemerlang seperti mana penyerang lain yang pernah diasuh oleh Atletico Madrid.
Kini Griezmann kembali dikaitkan semula dengan Manchester United dan pasukan Syaitan Merah itu tidaklah sesetan apa yang dilakukan Arsenal.