Griezmann Mahu Masa Depannya Ditentukan Sebelum Piala Dunia Dengan Barcelona Dilaporkan Berminat

Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann mahu masa depannya dimuktamadkan sebelum menyertai skuad Perancis bagi menghadapi Piala Dunia pada Jun nanti.

Griezmann hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona musim hadapan dan terdapat laporan mengatakan perbincangan telah diadakan di antara ejen Griezmann dan Barcelona bagi merealisasikan perpindahan ini.

Mahu tumpuan 100% bersama pasukan kebangsaan ketika Piala Dunia

Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone dipetik berkata sebelum ini yang beliau tidak akan menghalang Griezmann keluar dan bersedia untuk menghadapi kehilangan khidmat pemain berpengaruh mereka itu musim hadapan.

Pada musim panas lalu, Griezmann telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris untuk menyertai Manchester United. Walaubagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk terus kekal di Madrid kerana penggantungan perpindahan yang dikenakan terhadap pasukannya itu.

Spekulasi terus bertiup kencang mengatakan pasukan pendahulu La Liga musim ini bakal memuktamadkan perpindahan Griezmann sebelum tirai perpindahan musim panas dibuka kerana Piala Dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ketika bercakap kepada majalah L’Equipe, pemain berusia 27 tahun ini mahu masa depan beliau diselesaikan sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia bagi membolehkan beliau memberikan sepenuh perhatian terhadap tugasan antarabangsa bersama Perancis.

Barcelona memanggil

“Saya mahu berangkat ke Russia tanpa sebarang kerisauan. Ia bukannya mengenai pasukan mana yang akan saya sertai tetapi saya mahu fikiran saya menjadi tenang mengetahui saya akan bermain di satu tempat yang saya ketahui.”

“Ia mungkin agak boring, tetapi saya sudah memberitahu adik perempuan saya sama ada saya kekal atau tidak, masa depan saya perlu diselesaikan sebelum bermulanya Piala Dunia. Apa yang mengganggu tumpuan saya adalah semua pihak berterusan bertanya mengenai kelab manakah yang bakal saya sertai selepas ini.”

Bekas pemain Real Sociedad ini berada di kedudukan ke-3 untuk anugerah Ballon d’Or 2016. Griezmann berkata beliau menyimpan impian untuk menjulang anugerah tersebut pada masa hadapan.

Walaubagaimanapun, beliau menegaskan dirinya bukan obses untuk memenangi anugerah tersebut. Griezmann tahu salah satu cara untuk beliau diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or adalah dengan mengecapi kejayaan bersama pasukan kelab atau pasukan kebangsaan.

Griezmann enggan menangis lagi

“Apabila saya gembira, semua perkara menjadi baik. Saya mahu memenangi Liga Juara-Juara Eropah atau Piala Dunia. Selepas itu, Ballon D’or akan tiba dengan sendiri, jika saya berjaya memenanginya. ”

“Saya adalah sebahagian daripada satu kumpulan dan saya lebih suka untuk memenangi piala bersama pasukan daripada anugerah individu. Sebagai contoh, sebelum ini saya pernah memenangi penjaring terbanyak Kejohanan Eropah  (Euro 2016), tetapi saya lebih suka jika kami memenangi kejohanan tersebut.

Griezmanny nyaris menjulang trofi pertamanya bersama Perancis 2 tahun yang lalu dalam kejohanan Euro 2016 tetapi dikecewakan Portugal dalam aksi final. Mereka tumpas 1-0 di tangan Portugal dalam masa tambahan hasil jaringan Eder.

BACA:  Umtiti Diserang Penyokong Barcelona Yang Kurang Ajar