Stadium baru Atletico Madrid yang diberi nama Wanda Metropolitano secara rasmi digunakan dan Atletico Madrid berjaya mencatatkan kemenangan pertama di stadium baru apabila menewaskan Malaga hasil jaringan tunggal Antoine Griezmann.
Griezmann mencatat sejarah apabila menjadi penjaring gol pertama di Wanda Metropolitano hasil bantuan gol dari Angel Correa. Selepas 3 perlawanan di tempat lawan akhirnya Atletico dapat beraksi di laman sendiri.
We'll never forget this night. While others sleep, we dream. #AúpaAtleti pic.twitter.com/CgrnFU1e9T
— Atlético de Madrid (@atletienglish) September 17, 2017
Nama baru stadium Atletico Madrid merupakan gabungan daripada nama penaja mereka, seorang bilionair daripada China dan juga nama stadium lama mereka sebelum Vicente Calderon yang menjadi laman sendiri.
Atletico bermain di Estadio Metropolitano dari tahun 1903 sehingga 1966 sebelum berpindah ke Vicente Calderon yang mereka gunakan sehingga musim lalu. Stadium Vicente Calderon dinamakan sempena nama bekas Presiden mereka iaitu Vicente Calderon.
Fernando Torres sedikit bernostalgia apabila di tanya mengenai stadium baru Atletico Madrid ini.
“Saya mengetahui tentang Metropilitano dari datuk saya, ia adalah suatu nama yang indah, seindah sinar sang suria, merdu irama sang bayu, tiada seindah wajahmu, tiada semerdu suaramu.
“Bagi mereka yang mengalir darah Atleti di dalam jasad mereka, nama ini akan memberi perasaan yang penuh emosi. Saya boleh memberitahu datuk saya bahawa saya bermain di Metropolitano.
A LEGEND, THE PRESENT AND THE FUTURE
Gárate, @Torres and Hugo, from our @AtletiAcademia, did the Wanda @Metropolitano's honorary kick off. pic.twitter.com/LHuex9ObOt— Atlético de Madrid (@atletienglish) September 16, 2017
Meriah suasana semasa perlawanan pertama Atletico di Wanda Metropolitano.
Kontroversi Hugo Sanchez
Di sebalik kehebatan stadium baru, terpalit sedikit kontroversi di Wonda Metropolitano membabitkan plak Hugo Sanchez yang diletakkan sampah sarap di atasnya sebagai tanda protes.
Outside the Wanda Metropolitano, there's a plaque for every #Atleti player with 100 or more matches. Hugo Sánchez not a popular inclusion… pic.twitter.com/4Ea2K6kxs1
— Ben Hayward (@bghayward) September 16, 2017
Di luar stadium baru ini telah di letakkan plak khas sebagai tanda peringatan untuk setiap pemain Atletico yang beraksi 100 perlawanan atau lebih untuk kelab.
Walaupun bermain lebih dari 100 perlawanan untuk Atletico Madrid, Hugo Sanchez dibenci kerana membuat pilihan yang kurang popular dengan menyertai musuh ketat mereka Real Madrid.